Now Reading
[Video] Lelaki Di China Sedar Selepas 10 Tahun Koma, Berkat Jagaan Isteri

[Video] Lelaki Di China Sedar Selepas 10 Tahun Koma, Berkat Jagaan Isteri

Isteri pesakit koma, Wang Mingfeng iaitu Sun Hongxia, berkata dua orang anak mereka menjadi semangat dia tetap percaya suaminya akan sembuh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seseorang boleh menjadi koma jika terdapat kecederaan serius pada otak yang disebabkan oleh kegagalan fungsi saraf, komplikasi strok, pendarahan atau jangkitan kuman.

Apabila koma, pesakit sukar untuk terjaga semula dan proses pemulihan berlaku secara berperingkat.

Baru-baru ini di Hefei, China, seorang lelaki bernama Wang Mingfeng, akhirnya tersedar setelah koma selama 10 tahun sejak 2014.

South China Morning Post melaporkan bahawa Wang koma akibat terkena serangan jantung.


Lelaki Pulih Berkat Jagaan Isteri

Mungkin terdapat pasangan yang tidak akan bertahan dengan keadaan itu, namun isteri pesakit setia berada di sisinya dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.

Isterinya, Sun Hongxia, sentiasa percaya dan yakin bahawa suaminya akan pulih dengan jagaan rapi.

Walaupun saya sangat letih, pengorbanan itu amat berbaloi, apabila suami saya kembali seperti biasa.

Isteri pesakit, Sun Hongxia.

Sebelum ini, satu klip video telah tular di media sosial Beijing menunjukkan Sun berada di sisi suaminya saat dia tersedar.

Kelihatan Wang menitiskan air mata saat mendengar cerita daripada isterinya tentang segala penat lelah menjaganya sejak koma pada 2014.


Anak Menjadi Pembakar Semangat

Menurut Sun, dia kekal percaya bahawa suaminya akan sembuh kerana sistem sokongan dan semangat yang diterima daripada dua orang anak mereka.

Katanya lagi, dia ingin menjadi inspirasi di samping memberi contoh yang baik buat anak-anak.

Di samping itu, Sun disifatkan sebagai ‘seribu dalam seorang’ oleh ayah mentuanya.

Dia hanyalah menantu saya, tetapi dia lebih baik daripada anak perempuan kandung saya, tiada siapa yang boleh mengganti dan menandingi sikapnya.

Ayah mentua Sun Hongxia.

Netizen Puji Pengorbanan Sun

Dalam masa sama, pengguna media sosial China memuji segala pengorbanan Sun yang menjaga suaminya.

Seorang pengguna berkata wanita itu menunjukkan cinta sejati yang boleh dimiliki seseorang.

“Dia berkahwin dengan ‘malaikat’,” kata seorang lagi pengguna yang berasa Wang bertuah kerana mengahwini Sun.


3 Peringkat Kesedaran Selepas Koma

Dalam pemulihan pesakit koma, ketua dan pakar perunding Jabatan Perubatan Pemulihan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Dr Mazlina Mazlan berkata terdapat tiga peringkat kesedaran.

1. Unresponsive Wakefulness Syndrome

Tanpa dikejut, pesakit mula membuka mata dengan sendiri. Fungsi tidur dan jaga mereka mula teratur. Namun begitu, pesakit tidak bereaksi kepada keadaan sekeliling dan hanya memandang ke hadapan dengan pandangan kosong.

2. Minimally Conscious State (MCS)

Pesakit menunjukkan reaksi terhadap ransangan bunyi dan cahaya. Namun kebanyakan pesakit masih tidak dapat memahami keadaan sekelilingnya termasuk percakapan.

3. Emergence from MCS

Merupakan peringkat terakhir, pesakit sudah mula memahami apa yang berlaku di sekelilingnya. Mereka juga boleh melakukan perkara mudah seperti menyikat rambut atau meminum.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd