Now Reading
Sultan Sharafuddin Perkenan Selangor FC Tidak Hadir Piala Sumbangsih 2024, Zahir Rasa Kecewa Dengan MFL

Sultan Sharafuddin Perkenan Selangor FC Tidak Hadir Piala Sumbangsih 2024, Zahir Rasa Kecewa Dengan MFL

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Penaung Selangor FC menzahirkan keputusan tersebut bagi memahami situasi yang berlaku kepada Faisal Halim.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak akhir-akhir ini, pemain bola sepak negara berdepan ancaman keselamatan yang cukup membimbangkan.

Selepas Akhyar Rahsid disamun, Faisal Halim pula disimbah oleh dua individu tidak dikenali dengan menggunakan asid sulfurik pekat.

Insiden berkenaan mengakibatkan Faisal terpaksa menjalani pembedahan selepas dilaporkan melecur tahap empat sehingga tulang dan otot terhakis.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan


Selangor FC Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Tidak Hadiri Piala Sumbangsih

Susulan ketiadaan Faisal sebagai pemain untuk pasukan Selangor FC, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan kepada kumpulan bola sepak tersebut untuk tidak menghadiri perlawanan Piala Sumbangsih 2024.

Difahamkan perlawanan menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dijadualkan berlangsung pada esok hari (10 Mei) di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor.

Selaku Penaung Selangor FC, Baginda berpandangan, susulan berlakunya beberapa insiden mengancam nyawa yang melibatkan pemain dan pegawai baru-baru ini, adalah bertepatan untuk pasukan Selangor FC tidak menyertai perlawanan berkenaan yang juga merupakan aksi pertama Liga Super edisi 2024.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Selangor yang juga penaung Selangor FC menzahirkan keputusan tersebut menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office selepas insiden mengancam nyawa melibatkan pemain bola sepak baru-baru ini.

Sumber: Facebook Selangor FC

Sultan Selangor Zahir Rasa Kecewa Dengan MFL

Terdahulu, Selangor FC telah membuat permohonan kepada pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menangguhkan perlawanan melibatkan pasukan mereka.

Walau bagaimanapun, permohonan tersebut telah ditolak.

Namun, keputusan MFL itu menyebabkan Sultan Sharifuddin menzahirkan rasa kecewa dengan pihak MFL kerana menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan jadual perlawanan.

Sultan Sharafuddin menitahkan agar keselamatan pemain perlu menjadi keutamaan berbanding keinginan untuk merebut kemenangan.

Bukan sahaja isu keselamatan, keadaan moral pasukan yang masih terganggu dan terkesan dengan insiden simbah asid yang melibatkan pemain sayap, Faisal Halim, juga harus diambil kira. Justeru, Baginda turut menyokong solidariti untuk membanteras keganasan sukan dalam apa jua bentuk #standwithfaisalhalim #stoptheviolence.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda turut menitahkan agar masyarakat memahami tentang tahap keseriusan insiden yang berlaku melibatkan nyawa pemain.

Baginda mahu semua pihak memahami bahawa tahap keseriusan insiden yang melibatkan nyawa pemain sebegini adalah tidak sama dengan kes-kes sebelum ini, apatah lagi ia berlaku sangat hampir dengan tarikh perlawanan.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sebagai Penaung, baginda juga menegaskan bahawa pasukan Selangor FC bersiap sedia untuk berdepan apa jua tindakan susulan keputusan tidak menghadiri perlawanan tersebut.

Perkembangan Terkini Tentang Suspek Kes Simbah Asid Faisal Halim

Dalam kes pemain bola sepak Faisal Halim yang disimbah asid pada tiga hari lalu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan telah berjaya menahan dua orang suspek.

Walau bagaimanapun, suspek pertama yang ditahan di sekitar Pandan Indah, Ampang didapati bukan pelakunya dan akan dibebaskan selepas tamat reman.

“Namun dia akan ditahan semula kerana ujian saringan air kencing ke atasnya mendapati dia positif dadah,” kata Datuk Hussien Omar Khan.

Baca Artikel Berkaitan: Suspek Pertama Simbah Asid Faisal Halim Yang Ditahan Di Pandan Indah Rupanya Bukan Pelaku

Faisal Halim. (Sumber: X @433Malaysia)

Suspek kedua yang ditahan di Bandar Baru Bangi pula akan direman selama lima hari bermula semalam (7 Mei) bagi membantu siasatan.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Dalam perkembangan terbaharu, kesihatan Faisal Halim didapati agak membimbangkan selepas dilaporkan berada dalam kritikal selepas melecur tahap empat akibat disimbah dengan asid sulfurik pekat.

Faisal ketika ini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Shah Alam dan sedang menjalani beberapa pembedahan untuk rawatan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd