Now Reading
Kerajaan Malaysia Sekat Kapal ZIM Dari Berlabuh, Tidak Lagi Terima Kapal Guna Bendera Israel

Kerajaan Malaysia Sekat Kapal ZIM Dari Berlabuh, Tidak Lagi Terima Kapal Guna Bendera Israel

Selain itu, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (20 Disember), kerajaan Malaysia menerusi satu kenyataan rasmi memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta-merta.

“Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.”


Kebenaran Pernah Diberikan Pada Tahun 2002

Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia.

Namun, kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu.

Mengulas lanjut, kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini. Selain itu, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

Kedua-dua sekatan ini juga berkuatkuasa serta-merta.

Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.

Terdahulu Gerakan Boikot, Pelupusan dan Sekatan (BDS) Malaysia menggesa kerajaan agar menghalang kapal yang dimiliki syarikat perkapalan dari Israel itu daripada berlabuh di Pelabuhan Klang.

Menurut BDS, kebenaran berlabuh telah diberikan Kementerian Pengangkutan dan ia dijangka tiba di Westport, Pelabuhan Klang pada 26 Disember ini.

Sehubungan itu satu petisyen telah digerakkan dan telah mendapat puluhan ribu sokongan khususnya dari rakyat Malaysia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd