Now Reading
“Satu Rekod Baru” – Usaha Kumpulan Sukarelawan Tangkap Ikan Bandaraya Raih Pujian

“Satu Rekod Baru” – Usaha Kumpulan Sukarelawan Tangkap Ikan Bandaraya Raih Pujian

Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya berjaya memecah rekod tangkapan ikan bandaraya terpanjang iaitu 58.5 cm dengan berat 1.5 kg.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, menjaga ekosistem dan alam sekitar adalah peranan setiap individu di luar sana. Antara kepentingan menjaga ekosistem adalah bagi memastikan spesies haiwan dan tumbuhan tidak pupus dek zaman.

Selain itu, ia juga berfungsi sebagai sumber makanan buat golongan manusia seperti ikan tempatan di sungai.

Walau bagaimanapun, kebanyakan ikan sungai tempatan dilihat semakin berkurangan akibat kewujudan ikan asing yang dilepaskan ke situ.


Komuniti Tangkap Ikan Bandaraya Terpanjang Di Sungai Sekitar Zoo Negara

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@duniabadol), apabila sekumpulan sukarelawan dari Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya berjaya menangkap spesies ikan tersebut dengan jumlah yang sangat banyak.

Menurut lelaki dikenali sebagai Badol, tangkapan ikan bandaraya atau nama lainnya ikan tombot dilakukan di sungai sekitar Zoo Negara Kuala Lumpur.

Perkara yang membuatkan komuniti tersebut lebih bangga dan berpuas hati apabila mereka berjaya memecahkan rekod tangkapan ikan bandaraya terpanjang iaitu 58.5 cm dengan berat sebanyak 1.5 kg.

@duniabadol Aktiviti membenteras ikan bandaraya di sungai zoo negara Hari ini telah menemui Satu rekod baru…kami jumpa ikan bandaraya yg terpanjang..iaitu sepanjang 58.5cm…. ikan yg terberat sekor 1.5kg #pleco #fyp #foryou #gengdunia ♬ bunyi asal – DuniaBadol

Inisiatif Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya Raih Pujian

Menjengah ke ruangan komen, ramai di kalangan netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada golongan yang prihatin terhadap ekosistem alam sekitar.

“Hebat, usaha (menangkap ikan bandaraya) yang patut disokong oleh semua,” kata seorang lelaki.

Malah, ramai juga dilihat berminat dengan projek tersebut dan ingin menyertainya dalam program seterusnya.

Sumber: TikTok (@duniabadol)

Tangkap Ikan Bandaraya Untuk Selamatkan Ekosistem

Mungkin ada di antara anda yang kurang mengetahui apakah tujuan sebenar membanteras kehidupan ikan bandaraya di sungai. Kalau anda nak tahu, inisiastif tersebut dilaksanakan bagi memelihara ekosistem sungai di Malaysia ini.

Memetik Buletin TV3, ikan bandaraya merupakan ikan asing yang dibawa masuk ke negara ini dari Amerika Selatan sebagai ikan hiasan.

Pun begitu, kebanyakan pemilik ikan tersebut akan melepaskan ikan berkenaan ke sungai selepas ia membesar dan tidak lagi muat dalam akuarium di rumah.

Sumber: X (@InnanieAriffin)

Situasi tersebut menyebabkan ikan itu membiak dengan cepat dan mengganggu ekosistem di sungai. Hal ini kerana akan berlakunya persaingan makanan dan habitat dengan ikan tempatan yang berada di dalam sungai.

Menurut Pensyarah Kanan Bidang Ekologi dan Penyakit Ikan, Jabatan Biologi Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohammad Noor Amal Azmai, spesies ikan bandaraya yang pelbagai membuatkan ia membiak dengan mudah.

Sumber: Facebook Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya

Cara Pelupusan Ikan Bandaraya

Satu kajian dijalankan oleh UPM mendedahkan pembiakan ikan bandaraya bukan sahaja berlaku di sungai malah, ia juga dijumpai sekitar kawasan hutan simpan yang mana ia boleh menyebabkan masalah ekosistem bertambah teruk.

Tambah pakar itu lagi, cara terbaik untuk membasmi pembiakan ikan bandaraya adalah dengan menangkapnya di sungai lalu dijadikan produk komersial seperti campuran makanan ikan dan udang ternakan serta ikan hiasan.

Sumber: Facebook Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya

Baja pertanian dan telur ikan ini juga mempunyai harga tinggi untuk dijual kepada kaki pancing.

Mohammad Noor.

Kalau anda nak tahu, banyak lagi spesies ikan lain yang tidak boleh dilepaskan di kawasan perairan umum di negara ini. Antaranya:

  • Ikan buaya
  • Keli Afrika
  • Kap Rumput

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd