Now Reading
“Mana Boleh Tangkap Sesuka Hati” – Lelaki Kecewa Ikan Ternakan Dijala Individu Lain

“Mana Boleh Tangkap Sesuka Hati” – Lelaki Kecewa Ikan Ternakan Dijala Individu Lain

Pakcik itu menjelaskan seorang penjala ikan tidak dikenali telah datang sebelum ini untuk menangkap ikan talapia bersama isterinya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Alam sekitar merupakan salah satu nikmat Tuhan yang amat bernilai dalam kehidupan kerana manusia banyak bergantung kepada sumber semula jadi di bumi ini.

Disebabkan persekitaran yang bersihlah, anda mampu menghirup udara segar.

Namun disebabkan sifat tamak segelintir manusia, ekosistem negara dilihat terjejas serta spesis sesetengah flora dan fauna kini semakin pupus.


Pakcik Kecewa Lihat Individu Lain Tangkap Ikan Talapia Ternakannya Sesuka Hati

Baru-baru ini, tular satu klip video yang dimuat naik di Instagram milik (@urbanorchardkl), menyaksikan seorang pakcik sedang menjerit kekecewaan selepas mendapati beberapa individu menceroboh kawasan sungai di mana dia membela ikan talapia.

Kejadian berlaku pada hari Sabtu lalu (16 September) kira-kira jam 10.35 pagi apabila dia pulang daripada sambutan Hari Malaysia dan Ulang tahun ke-10 RA SS20 Central.

Menurut pakcik ini, dia melihat ada beberapa lelaki sedang merosakkan ekosistem dan menjala ikan talapia yang telah dibesarkan serta diberi makan olehnya sejak lima tahun yang lalu.

Tambahnya dalam hantaran yang sama, dia dikatakan telah menjaga persekitaran sungai dan ekosistem di kawasan itu bagi membina alam yang indah untuk generasi muda akan datang.

“Sebelum saya pergi, saya akan tinggalkan sesuatu yang tak akan dilupakan oleh anak-anak,” jelas pakcik menerusi kapsyen.

Sumber: Instagram (@urbanorchardkl)

Lelaki Buat Laporan Polis Selepas Sungai Yang Dijaga Olehnya Diganggu

Pada hari yang sama jam 12.49 petang, pakcik ni berkata dia telah pun mengubungi balai polis TTDI tentang isu berkenaan. Menurut polis, mereka tidak dapat mengambil sebarang tindakan kerana sungai itu milik Jabatan Pengairan & Saliran (JPS).

Jika benar sungai itu milik pakcik tersebut, dia perlulah menyertakan geran pemilikan kepada pihak polis.

“Sudah jaga beri makan ikan sepanjang lima tahun, tidakkah saya layak mendapat kredit untuk itu?” ujar pakcik berkenaan.

Sumber: Instagram (@urbanorchardkl)

Tidak berpuas hati dengan jawapan oleh pihak berkuasa, dia kemudian bertindak untuk membuat laporan polis pada pukul 1.30 petang dengan menyatakan salah seorang penjala ikan pernah datang sebelum ini bertarikh 1 September untuk menangkap ikan bersama isterinya.

Individu yang menangkap haiwan ternakannya juga didakwa menjual ikan tersebut dan menghancurkan ekosistem sungai yang merupakan habitat kepada ikan talapia.

“Jika polis tidak mengambil tindakan maka siapa yang boleh?” tegas pakcik ini.


Orang Ramai Beri Sokongan & Kata Semangat Kepada Pakcik

Menerusi ruangan komen, boleh dilihat orang ramai memberikan kata semangat kepada pakcik yang sedang dalam kesedihan.

Sumber: Instagram (@urbanorchardkl)

Ada juga di antara mereka yang berkata kawasan itu sudah semestinya tempat awam namun tidak sepatutnya orang lain menjala ikan sesuka hati.

“Mungkin pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh meletakkan papan tanda larangan menangkap ikan bagi memastikan ekosistem sedia ada terjaga,” kata salah seorang wanita di komen.

Baca Artikel Berkaitan: Kerana Makan Ikan Tilapia Tidak Dimasak Dengan Betul, Wanita Hilang Kaki & Tangan

Baca Artikel Berkaitan: 10 Lokasi Yang Best Untuk ‘Camping’ Sekitar Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Kenali Tukang ‘Bisik’ Kunang-Kunang Di Sungai Cherating, Pahang

Sumber: Instagram (@urbanorchardkl)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd