10 Lokasi Yang Best Untuk ‘Camping’ Sekitar Malaysia
Kalau nak berkhemah atau camping di Janda Baik, Pahang, boleh pergi ke Santai Riverside atau Tanjung Hills Retreat.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Buat mereka yang sukakan alam sekitar, aktiviti berkhemah atau ‘camping’ adalah salah satu perkara yang mesti ada dalam ‘wishlist’.
Tidur sambil layan bunyi air sungai atau angin sejuk pada waktu malam, memang syok! Udara pada waktu pagi di kawasan yang dipenuhi pokok pun memang lain macam segar dia.
Inilah nikmat alam semula jadi yang kita semua perlu syukuri dan nikmati sebaik mungkin.
Kalau anda nak merasai sendiri pengalaman berkhemah ditemani pemandangan flora dan fauna, jom kami kongsikan beberapa lokasi menarik sekitar Malaysia seperti mana yang disenaraikan oleh seorang pengguna Twitter ini (SyahRimau).
Antaranya:
1. Hulu Tamu Eco Resort
Hulu Tamu Eco Resort ini bukan biasa-biasa ya kerana 12 tapak perkhemahan yang disediakan di sini berada di dalam dusun durian! YES DURIAN!
Boleh bayangkan tak bangun tidur terus bau durian? Seronok betul.
Di sini juga disediakan tempat untuk anda mengecas peralatan elektronik dan juga tandas serta tempat mandi yang bersih.
Lokasi: Hulu Tamu Eco Resort, Jalan Ulu Tamu 44200 Batang Kali, Selangor.
1. Hulu Tamu Eco Resort @ Batang Kali
— SyahRimau (@syahmihakim13) August 29, 2022
🌳 Dalam dusun durian
🏕 12 lot campsite
🚽 Toilets & showers
🔌 Plug points available
🏔 Spacious grounds
☎️+6018-3110608
📍 Hulu Tamu Eco Resort, Jalan Ulu Tamu
44200 Batang Kali, Selangor, Malaysia pic.twitter.com/dAckYSUsbd
2. Payung Getaway Campsite & RV Park
Payung Gateway Campsite & RV Park pun seronok juga kerana terletak di tepi pantai dan berhampiran dengan sungai.
Pagi mandi sungai, petang pula mandi pantai. Memang enjoy! Nak makan pun tak ada masalah kerana lokasi ini berhampiran dengan gerai makan juga.
Macam biasa, tempat untuk anda mengecas peralatan elektronik, tandas serta tempat mandi juga disediakan.
Lokasi: Jalan Kampung Cherating Lama Balok, Kampung Cherating, 26080 Kuantan, Pahang.
2. Payung Getaway Campsite & RV Park @ Cherating
— SyahRimau (@syahmihakim13) August 29, 2022
🏖 Tepi pantai & sungai
🍗 Gerai makan berdekatan
🔌 Plug points available
🚽 Restrooms available
☎️+6011-23802900
📍 Jalan Kampung Cherating Lama Balok,
Kampung Cherating, 26080 Kuantan, Pahang pic.twitter.com/1pwV3JgSl9
3. Riverside Camp
Kalau ada plan nak buat BBQ, lokasi ini memang sesuai kerana tempatnya agak luas dan peralatan untuk aktiviti BBQ juga disediakan.
Dekat pula dengan sungai, memang best makan kepak ayam bakar sambil celup kaki dalam air sungai yang sejuk.
Lokasi: Riverside Camp 31600 Gopeng, Perak.
3. Riverside Camp @ Gopeng
— SyahRimau (@syahmihakim13) August 29, 2022
🏔Berdekatan sungai
🔥 BBQ Pit available
✅ Spacious
☎️+6014-2944404
📍 Riverside Camp 31600
Gopeng, Perak, Malaysia pic.twitter.com/Wr7ns0hVLM
4. Yunkai Campsite
Kalau anda nak ‘feeling’ macam berkhemah di luar negara, boleh cuba pergi ke Yunkai Campsite yang terletak berhampiran dengan Genting Highlands.
Bangun pagi terus boleh nampak gunung berkabus sambil layan cuaca sejuk.
Lokasi: Genting Sempah, 28750 Bentong, Pahang.
4. Yunkai Campsite @ Bentong
— SyahRimau (@syahmihakim13) August 29, 2022
❄️ Near Genting Highlands (Suitable for cold temp lover)
🚽 Toilets available
🏔 View gunung pagi2
☎️+6011-28355078
📍 Genting Sempah,
28750 Bentong, Pahang pic.twitter.com/IJjroYa7zs
5. Santai Riverside
Terletak di Janda Baik, lokasi ini katanya hanya mengambil masa satu jam perjalanan menaiki kereta dari Kuala Lumpur.
Lokasi ini pun jenis ‘mesra keluarga’. Jadi, sekali-sekala boleh bawa anak-anak beriadah di sini pula. Plug dan tandas juga disediakan.
Lokasi: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.
5. Santai Riverside @ Janda Baik
— SyahRimau (@syahmihakim13) August 29, 2022
🚗 1 hour drive from KL City
👨👩👦 Suitable for family
🚽 Toilets available
🔌 Plug points available
☎️+6011-26982170
📍 Kampung Janda Baik,
28750 Bentong, Pahang pic.twitter.com/yVrpsomSHw
6. Tanjung Hills Retreat
Satu lagi lokasi berkhemah yang best di Janda Baik dan dikatakan berhampiran dengan Gunung Nuang iaitu Tanjung Hills Retreat.
Jangan risau, di sini ada juga disediakan tandas dan tempat mandi serta plug untuk membolehkan anda mengecas telefon atau peralatan elektrik lain.
Tempat pemanggang untuk aktiviti BBQ pun ada ya!
Lokasi: Lot 25731, Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
6. Tanjung Hills Retreat @ Janda Baik
— SyahRimau (@syahmihakim13) August 29, 2022
🏔 Close by Gunung Nuang
🔌 Plug points available
🚽 Bathroom
🔥 Barbecue pits
☎️+6017-2101322
📍 Lot 25731, Kuala Lurah, Kampung Janda Baik,
28750 Bentong, Pahang pic.twitter.com/YNXufMbF5I
7. Willow Tree Campsite
Kalau anda sejenis yang sukakan pemandangan alam sekitar yang indah, Willow Tree Campsite di Hulu Langat adalah lokasi yang paling sesuai.
Bukan setakat boleh tengok pemandangan gunung-ganang, nak lihat matahari terbenam pun boleh.
Lokasi: PT 8878 Batu 24 & 25, Jalan Genting Peras, Hulu Langat, Selangor.
7. Willow Tree Campsite @ Hulu Langat
— SyahRimau (@syahmihakim13) August 29, 2022
🏔 Mountain view
🌄 Sunset view
🚽 Bathroom available
☎️ +6016-9839715
📍 PT 8878 Batu 24 & 25,
Jalan Genting Peras, Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia pic.twitter.com/XTkwJNuela
8. Kem The Woods Ulu Yam
Di Kem The Woods Ulu Yam ini anda bukan sahaja boleh berkhemah, nak buat BBQ dan jungle trekking pun boleh ya.
Dalam satu kawasan ini, macam-macam benda boleh buat. Best juga!
Lokasi: 1, Jalan Sungai Tua Ulu Yam, Selangor
8. Kem The Woods Ulu Yam @ Ulu Yam
— SyahRimau (@syahmihakim13) August 29, 2022
🏔 Spacious campsite near a stream
🧗🏻♀️ Jungle trekking
🔥Barbecue pit
🚽 Toilets & showers
☎️+6012-6893297
📍 1, Jalan Sungai Tua Ulu Yam, Selangor pic.twitter.com/NaWQOpbA2X
9. Draco Nature Camp
Draco Nature Camp ini pun best juga untuk anda berkhemah kerana tapaknya bersebelahan dengan sungai. Siap ada trek berjalan untuk aktiviti jungle trekking.
Nak buat unggun api dan BBQ pun boleh.
Lokasi: Batu 7, Kampung Asli Sungai Cincin, 35300 Chenderiang, Perak.
9. Draco Nature Camp @ Tapah
— SyahRimau (@syahmihakim13) August 29, 2022
🏔 Berdekatan sungai
🧗🏻♀️ Guided trekking available
✅ Campfire & Barbecue
☎️ +6019-2289042
📍 Batu 7, Kampung Asli Sungai Cincin, 35300 Chenderiang, Perak pic.twitter.com/uyPIkAPYuh
10. Cozy Leisure Farm
Satu lagi lokasi yang menarik kalau anda inginkan suasana sejuk iaitu Cozy Leisure Farm yang terletak di Cameron Highlands.
Nak berkhemah secara indoor boleh, outdoor pun boleh.
Lokasi: Mdch 1,jalan lembah Bertam, Jalan Ringlet – Sungai Koyan, 39200, Pahang.
10. Cozy Leisure Farm @ Cameron Highlands
— SyahRimau (@syahmihakim13) August 29, 2022
❄️ Udara nyaman sejuk
🏕 Indoor & outdoor
☎️ +6012-5773639
FB : https://t.co/mmY0bf9DkH pic.twitter.com/GcA0wAISAx
Asyik cafe hunting dan berjalan dalam mall je tiap kali hujung minggu. Jom minggu ini kita berkemah pula.
BACA JUGA: 5 Lokasi Menarik Untuk Staycation Di Selangor. Jom!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.