Now Reading
Kenali Tukang ‘Bisik’ Kunang-Kunang Di Sungai Cherating, Pahang

Kenali Tukang ‘Bisik’ Kunang-Kunang Di Sungai Cherating, Pahang

Kemahiran itu dipelajarinya secara kebetulan. Malah, dia langsung tidak pernah menyangka akan memiliki kemahiran ini.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Mohd Hafiz Abdul Majid, bekas pelarian dari Myanmar, memiliki kemahiran ‘bercakap’ dengan kunang-kunang.

Setiap kunang-kunang akan mencari Mohd Hafiz ketika dia menghampirinya di sepanjang tebing Sungai Cherating di Pahang.

Waktu malam di Sungai Cherating.
(Kredit gambar: Fernando Fong)

Dengan menggunakan lampu suluh, Hafiz menyampaikan mesej dan turut berkomunikasi dengan kunang-kunang.

Kemahiran itu dipelajarinya secara kebetulan. Malah, dia langsung tidak pernah menyangka akan memiliki kemahiran ini.

Mohd Hafiz menghayunkan lampu suluhnya untuk memanggil kunang-kunang.
(Kredit gambar: Fernando Fong)

Hafiz berkata bahawa pada mulanya dia gembira dan berpuas hati dengan kerjanya iaitu memberikan setiap pengunjung servis pelayaran sungai dan aktiviti lain.

“Pada masa itu, saya tidak tahu apa-apa mengenai bakau dan ekosistemnya.

“Saya hanya tahu bawa pengunjung pusing-pusing untuk melihat alam sekitar dan haiwan liar,” katanya kepada team TRP.

Melepaskan kura-kura yang baru menetas ke laut adalah salah satu aktiviti yang ditawarkan oleh Mohd Hafiz.
(Kredit gambar Fernando Fong)

Hafiz sedar akan kewujudan kunang-kunang ini setelah melihat segelintir orang yang datang menaiki bot hanya untuk melihat kunang-kunang pada waktu malam. Selepas itu, dia mula menawarkan servis tersebut.

Pada suatu malam, sewaktu dia bersendirian di sepanjang sungai, kunang-kunang mulai bergerak ke arahnya ketika dia sedang sibuk memperbaiki lampu suluhnya.

Tambah pula dengan perasaan ‘ingin tahu’, perkara itu mendorong Hafiz untuk terus memperbaiki tekniknya.

Mohd Hafiz menghayunkan lampu suluhnya untuk memanggil kunang-kunang.
(Kredit gambar: Fernando Fong)

Selain membuat kunang-kunang datang kepadanya, dia juga dapat mengarahkan mereka untuk pergi ke kapal lain yang berdekatan.

Dia juga berusaha untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kunang-kunang melalui Internet.

Tanpa disedari, banyak fakta yang diketahui sememangnya tidak betul kerana sebenarnya terdapat kelip-kelip yang berbeza di dunia ini.

Kelip-kelip mengerumuni pengunjung manusia mereka setelah diberi isyarat oleh Mohd Hafiz.
(Kredit gambar Fernando Fong)

Sehingga pada suatu hari, dia dikunjungi oleh Dr Nobuyoshi Ohba, pakar kunang-kunang dari Yokosuka, Jepun.

Nobuyoshi mengambil Hafiz untuk servis perkhidmatan kapal, tetapi Mohd Hafiz enggan mengambil wang upah dan meminta Dr Nobuyoshi untuk mengajarnya tentang kunang-kunang.

“Dia membuat saya sedar bahawa saya harus belajar semula tentang semua yang saya tahu mengenai kunang-kunang.”

Mohd Hafiz (kanan) bersama bekas presiden Persatuan Alam Malaysia, Henry Goh.
(Kredit gambar: Fernando Fong)

Pernah bekerja lebih satu dekad sebagai pembantu restoran

Semasa muda, Mohd Hafiz telah meninggalkan negaranya untuk mengelakkan penganiayaan politik.

Mohd Hafiz akhirnya berada di Malaysia dan bekerja selama lebih dari satu dekad sebagai pembantu restoran di Cherating.

Pada tahun 2003, dia mengalami kemalangan dan patah kaki. Sebab itulah dia terpaksa bekerja sebagai pemandu bot.

Selebihnya adalah sejarah.

Waktu malam di Sungai Cherating.
(Kredit gambar Fernando Fong)

Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd