“Dikira Mati Syahid Tak Kalau Jadi Zombi?” – Dr Zulkifli Terkejut Dengar Soalan Netizen
Mesti banyak terpengaruh tengok cerita zombi ni.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sekarang ini memang banyak cerita Korea yang berkaitan dengan zombi. Antaranya seperti #Alive, Kingdom, Train To Busan dan yang sedang menjadi perbualan hangat adalah All of Us Are Dead.
Tetapi, siapa sangka pengaruh filem-filem ini membuatkan ada yang terfikir soalan yang agak ‘rare’ kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Kalau diikutkan, ini bukanlah kali pertama beliau menerima soalan-soalan aneh daripada netizen.
Dr Zulkifli pun tak tahu nak jawab apa
Sebagai bekas mufti, Dr Zulkifli sudah biasa diajukan soalan-soalan berkaitan agama di media sosial.
Tetapi soalan yang diterima baru-baru ini memang cukup menghiburkan. Malah, Dr Zulkifli sendiri tak tahu nak beri jawapan macam mana.
Merisaukan ya soalan netizen ni.
Jauh saudari fikir. Risau pulak saya. https://t.co/lKsFZBXgeJ
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) February 9, 2022
Walaupun persoalan itu tidak dijawab, tetapi netizen yang bertanya itu tetap mengucapkan terima kasih.
Hahahaha terima kasih reply tapi masih tak menjawab soalan saya hahaha saya curious 😂
— awan (@awnsmrdn) February 9, 2022
Komen netizen pun boleh tahan kelakar
Bukan hanya soalan itu yang menghiburkan, komen netizen pun boleh tahan lawak ya!
jd zombie yg mana satu…zombie kg pisang atau zombie train to Busan…? kalau zombie kg pisang tk perlu risau rasanya…
— DNP NP 🇲🇾 🇲🇾 (@yoozas_55) February 9, 2022
Jika ada zonbie nnti,kita yg masih manusia hendaklah menggigit zombie itu sblm dia gigit kita,mungkin dia boleb bertukar menjadi manusia semula.
— dabeloseven (@bukannamabetui) February 9, 2022
Kakau jdi zombi pun akan hidup dlm masa 2 hari je..otak semua reput camna nk jalan mata pun takda, virus dlm otak pun hidup kena pakai otak yg fresh..sekian, tak pasal aku jdi ahli konspirasi 😂
— E-Jump 🕸️ (@KarlEjam7) February 9, 2022
Banyak sangat tengok cerita hantu kak limah.
— حافينيازي (@Hfnz9) February 9, 2022
Sila jadi Zombie dulu baru @drzul_albakri boleh jawab
— zaini (@zaini82407815) February 9, 2022
Ustaz Adnin pernah ditanya soalan sama
Soalan ini bukan hanya ditanya kepada Dr Zulkifli sahaja, malah pendakwah yang lain juga pernah diajukan soalan sama.
Menerusi perkongsian video di TikTok (adninroslan), dia berkongsi soalan yang ditanyakan oleh netizen dan jawapannya adalah manusia memang tak akan bertukar jadi zombi ya rakan-rakan.
Jauh sangat tu berfikir. Mungkin terlalu terpengaruh dengan filem-filem zombi ni. Aduh, risau pula ya.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.