Now Reading
“Bukan Kita Kelaparan 6 Tahun” – Ustaz Azhar Idrus Bidas Netizen Sanggup Beratur Lama Untuk Beli Makanan Viral

“Bukan Kita Kelaparan 6 Tahun” – Ustaz Azhar Idrus Bidas Netizen Sanggup Beratur Lama Untuk Beli Makanan Viral

UAI berpendapat sikap sesetengah netizen yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mendapatkan makanan viral adalah salah satu penyakit akhir zaman.

ustaz azhar idrus tak setuju orang ramai beratur panjang cuba makanan viral

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak wujudnya media sosial, sesetengah peniaga menggunakan platform tersebut untuk menaikkan jualan mereka dengan melakukan perkara yang boleh meraih perhatian orang ramai.

Apabila sesebuah perniagaan itu khususnya makanan mula viral, orang ramai pasti tidak melepaskan peluang untuk turut membeli barangan tersebut.

Malah, ada juga mereka yang sanggup beratur panjang selama berjam-jam hanya untuk merasai atau mahu mendapatkan barangan jualan yang viral di media sosial.


Ustaz Azhar Idrus Kurang Senang Dengan Tindakan Netizen Sanggup Beratur Lama Untuk Dapatkan Makanan Viral

Selepas melihat keadaan di mana orang ramai sanggup beratur panjang dalam tempoh yang agak lama bagi mendapatkan barangan viral, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus tampil memberikan komennya.

Menerusi video yang dimuat naik semula di laman TikTok (@insan_marhen), Ustaz Azhar Idrus menyatakan perasaan kurang senang dengan tindakan masyarakat yang dikatakan membuang masa beratur sehari sebelum premis jualan dibuka.

Beratur dari 12 malam, pukul 9 pagi esok baru kedai buka. Patutnya esoklah pergi beli, tapi tak. Beratur dari 12 malam. Bukan kita kelaparan 6 tahun tak ada makanan.

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Malaysia Gazette)

Jelasnya, tindakan orang ramai yang beratur lama itu merupakan salah satu penyakit akhir zaman dan ia berlaku kerana masyarakat terlalu mengejar kepada perkara viral dan populariti.

Dalam pada itu, Ustaz Azhar Idrus juga mengulas tentang cara segelintir peniaga yang mempromosikan perniagaan mereka dengan pelbagai cara sehingga tidak menjaga maruah diri.

Nak suruh laku mi goreng, kenapa tunjuk punggungmu pula? Macam pakai baju tapi telanjang. Pakai seluar tapi nampak bentuk punggung.

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Pendakwah bebas itu memberi pandangan bahawa cara promosi yang melanggar perintah agama Islam boleh menyebabkan ia tidak mendapat keberkatan dari Allah SWT.


Netizen Setuju Dengan Pendapat Ustaz Azhar Idrus

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang bersetuju dengan pandangan Ustaz Azhar Idrus tentang sikap sesetengah pihak yang sanggup beratur lama demi mendapatkan barangan viral.

Namun begitu, ada juga netizen yang berpendapat peringatan dari pendakwah bebas itu boleh menimbulkan isu dalam kalangan peniaga pula.

Sumber: TikTok

Tak salah nak beratur beli makanan viral atau sebagainya, tapi kalau boleh janganlah sehingga mengabaikan kewajipan lain seperti solat dan tanggungjawab kepada keluarga.

Artikel Berkaitan: “Lebih 10 Tak Boleh” – Pelanggan Rayu Chef Ammar Hadkan Jualan Buat Setiap Orang

Artikel Berkaitan: Peniaga Dikecam Jual Telur Dadar ‘Premium’ Harga RM13, Katanya Ada Bahan Istimewa

Artikel Berkaitan: I Waited 1 Hour And 20 Minutes To Try These Two Viral Kunafas At Bukit Bintang [Review]

Sumber: TikTok @insan_marhaen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd