Now Reading
Harga Pakej Umrah Naik 50%, Ini Respon Menteri Agama

Harga Pakej Umrah Naik 50%, Ini Respon Menteri Agama

Kenaikan kadar harga hotel oleh pengusaha di Mekah dan Madinah telah menjadi faktor kenaikan harga pakej umrah sebanyak 50%.

Harga Pakej Umrah Naik 50%

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umrah merupakan amalan ibadah oleh umat Islam yang boleh dilakukan pada bila-bila masa di Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Ramai umat Islam yang berebut-rebut untuk menjejakkan kaki ke sana kerana setiap ibadah yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Siapa yang pernah pergi ke kota Mekah dah Madinah, mesti akan rindu suasana di sana selepas pulang ke tanah air.

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Tips Sebelum Tunai Ibadah Umrah. Penting Untuk Dipraktik!

Harga Pakej Menunaikan Umrah Meningkat Sebanyak 50%

Umat Islam yang ingin menunaikan ibadah umrah selepas ini bakal berdepan kenaikan harga pakej sehingga 50% berbanding harga pembelian asal yang ditempah.

Harga-Pakej-Umrah-Naik-50-2
Sumber: adliwahid/Pixabay

Memetik laporan Sinar Harian, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham menjelaskan situasi itu berlaku selepas Arab Saudi membenarkan penggunaan visa pelancong.

Kebenaran itu menyebabkan berlakunya kenaikan jumlah jemaah umrah untuk tujuan beribadah.

Tambah beliau lagi, kenaikan harga itu mula dilihat sejak bulan November lalu dan sebahagian besarnya adalah kerana peningkatan harga tiket penerbangan, hotel dan visa yang telah ditetapkan di Arab Saudi.

Menteri Agama Beri Respon Tentang Kenaikan Pakej Umrah

Laporan berkenaan kenaikan harga pakej umrah sehingga 50% ini juga mendapat perhatian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Dr. Mohd. Nai’im Mokhtar.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook (Dato’ Setia Dr Na’im), beliau menjelaskan bahawa kenaikan kadar harga hotel oleh pengusaha di Mekah dan Madinah telah menjadi faktor kenaikan harga pakej umrah sebanyak 50%.

Harga-Pakej-Umrah-Naik-50-1
Sumber: Best Hotels Home

Saya amat memahami perkara ini sedikit sebanyak telah membangkitkan keresahan para jemaah umrah. Namun, perkara ini adalah di luar kawalan pihak kita.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Setia Dr Nai’im.

Impak kenaikan kos di Arab Saudi ini bukan sahaja menjejaskan jemaah dari Malaysia, malah ia juga turut memberi kesan kepada para jemaah dari negara-negara lain juga.

Beliau juga memaklumkan kini sedang berada di Arab Saudi bagi mewakili Malaysia dalam Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023.

Selain berbincang isu-isu berkaitan pengurusan haji dan umrah, saya juga akan mengemukakan isu kenaikan kos ini kepada Menteri Haji Kerajaan Arab Saudi.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Setia Dr Nai’im.

Dalam pada itu, pihak agensi umrah diharapkan dapat mempertimbangkan semula kaedah terbaik agar kenaikan kos keseluruhan yang dikenakan kepada para jemaah umrah tidak terlalu membebankan mereka.


Kebaikan Melakukan Ibadah Umrah

Ibadah umrah berbeza dengan haji.

Ibadah umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa manakala haji pula hanya dilakukan pada musim haji sahaja iaitu ketika bulan Zulhijjah.

Namun menurut kerajaan Arab Saudi, umat Islam yang memegang visa pelancongan tidak boleh menunaikan umrah pada musim haji.

Ramai yang berlumba-lumba untuk mengerjakan ibadah umrah ini kerana mempunyai kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Antaranya:

  • Menjadi tetamu Allah SWT di tanah suci.
  • Setiap amal ibadah akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
  • Tidak dihisab jika meninggal dunia semasa menunaikan umrah.
  • Pahala melakukan umrah di bulan Ramadan menyamai pahala melakukan ibadah haji.
  • Menghapuskan dosa dan kefakiran.
Harga-Pakej-Umrah-Naik-50-1Harga-Pakej-Umrah-Naik-50-1
Sumber: Bebas News

Semoga setiap umat Islam dimurahkan rezeki untuk berkesempatan dijemput menjadi tetamuNya ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah mulia ini.

BACA JUGA: Umrah: Beribadah Atau Melancong?

BACA JUGA: Wanita Ini Kongsi Cara Tunai Umrah DIY Tanpa Guna Ejen


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd