Now Reading
Penerbit Mat Kilau ‘Belanja’ Pakej Umrah Kepada Kru Produksi Lepas Kutipan Cecah RM90 Juta

Penerbit Mat Kilau ‘Belanja’ Pakej Umrah Kepada Kru Produksi Lepas Kutipan Cecah RM90 Juta

Penerbit filem Mat Kilau iaitu Abdul Rahman Mat Dali menghadiahkan pakej umrah kepada kru produksi serta biasiswa untuk anak yatim sebagai tanda kesyukuran kejayaan filemnya.

Penerbit Mat Kilau 'Belanja' Pakej Umrah Kepada Kru Produksi Lepas Kutipan Cecah RM90 Juta

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan lakonan Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin dan penggiat seni tempatan yang lain telah mencipta fenomena di Malaysia sejak tayangan pertamanya pada 23 Jun 2022.

Memetik laporan Berita Harian, filem terbitan Studio Kembara arahan Syamsul Yusof mencatatkan kutipan mencecah RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan di panggung wayang.

Sehingga kini, jumlah kutipan tayangan Mat Kilau telah berjaya memecah rekod sebagai filem paling laris dan mengalahkan filem-filem antarabangsa yang ditayangkan di pawagam Malaysia.

Sumber: Shamiera Osment

BACA JUGA: Mat Kilau Raih RM71 Juta, Kalahkan Filem Hollywood Di Pawagam Malaysia

Penerbit Mat Kilau beri kru produksi pakej umrah sebagai hadiah

Selepas filem Mat Kilau mencatatkan kutipan yang cukup mengejutkan, penerbit filem tersebut iaitu Abdul Rahman Mat Dali dari Studio Kembara Sdn Bhd meluahkan rasa syukur dengan kejayaan berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, filem Mat Kilau ini adalah filem pertama yang diterbitkan oleh syarikatnya.

Sumber: Zaza Azman

Memetik laporan New Straits Times, Abdul Rahman berniat untuk memberikan bonus kepada para pelakon serta pihak produksi yang telibat dalam pembikinan filem Mat Kilau dengan menghadiahkan mereka pakej ibadah umrah.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kejayaan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Anda semua telah menjadikan filem ini sebagai filem terbaik sepanjang zaman di Malaysia dari segi penjualannya. Oleh disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk menghadiahkan kru produksi Mat Kilau dengan pakej istimewa menunaikan umrah di Mekah.

Penerbit Filem Mat Kilau, Abdul Rahman Mat Dali.

Abdul Rahman turut bercadang untuk memberikan biasiswa kepada anak yatim

Pada masa sama, Abdul Rahman juga merancang untuk membantu anak-anak yatim dengan memberikan biasiswa kecil bagi membiaya persekolahan mereka.

Kami pun bercadang untuk menyediakan biasiswa kepada anak-anak yatim untuk pembiayaan sekolah mereka. Semua ini akan mula dilakukan selepas selesai tayangan filem Mat Kilau di pawagam.

Penerbit Filem Mat Kilau, Abdul Rahman Mat Dali.
Sumber: Harakah Daily

Abdul Rahman berharap agar filem Mat Kilau ini yang berlatar belakangkan kisah perjuangan pahlawan Melayu dapat dijadikan sebagai bahan rujukan di sekolah bagi menekankan tentang nilai-nilai murni.

BACA JUGA: Mat Kilau: Kisah Seorang Pejuang & Bangsawan Yang Hampir Bergelar Tan Sari


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd