Now Reading
Bas Langgar Jambatan & Terbakar, 20 Jemaah Umrah Maut Di Arab Saudi

Bas Langgar Jambatan & Terbakar, 20 Jemaah Umrah Maut Di Arab Saudi

Difahamkan kemalangan bas yang membawa jemaah umrah di Arab Saudi itu berpunca akibat masalah brek yang tidak berfungsi dengan baik.

20 Mangsa Maut, Bas Bawa Jemaah Umrah Langgar Jambatan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (27 Mac) pada tanggal 5 Ramadan, satu kemalangan dilaporkan berlaku melibatkan bas yang dinaiki oleh jemaah umrah sehingga mengakibatkan mangsa maut dan cedera.

Memetik laporan saluran televisyen El-Ekhbariya, seramai 20 jemaah umrah telah terbunuh dan 29 mangsa yang lain mengalami kecederaan selepas bas mereka melanggar sebuah jambatan di Arab Saudi.

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 4:00 petang di Aqabat Shaar itu dipercayai berpunca daripada masalah brek bas yang tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan ia berlanggar dengan jambatan.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila bas berkenaan terbakar selepas terbalik akibat terlanggar jambatan.

Sehingga kini, pihak berkuasa memaklumkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah dari negara yang berbeza dan tidak memperincikan identiti mereka.

Terdahulu, kemalangan hampir sama pernah berlaku di mana sebuah bas yang juga membawa jemaah umrah terlibat dalam kemalangan pada Oktober 2019 sehingga meragut 35 warga asing dan empat mangsa lain mengalami kecederaan.


Bulan Ramadan menjadi salah satu tempoh di mana ramai umat Islam dari seluruh dunia akan mengunjungi tanah suci Mekah dan Madinah untuk mengerjakan ibadah umrah.

Ramai yang ingin melakukan ibadah umrah pada bulan Ramadan kerana ganjaran pahala yang diberikan adalah sama seperti anda mengerjakan haji.

Perkara ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (1782) dan Muslim (1256) daripada Ibnu Abbas mengikut sabda Rasulullah SAW yang bersabda:

فَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فَاعْتَمِرِي ، فَإِنَّ عُمْرَةً فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً) وفي رواية لمسلم : حجة معي)

Maksudnya: “Jika datang bulan Ramadhan, lakukanlah umrah kerana pahala umrah itu sama dengan pahala mengerjakan haji. Dalam riwayat muslim, sama dengan pahala menunaikan haji bersamaku.”


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd