Now Reading
Umat Islam Ikut Perarakan Kuil Ketika Thaipusam, Boleh Ke? Ini Respon Mufti

Umat Islam Ikut Perarakan Kuil Ketika Thaipusam, Boleh Ke? Ini Respon Mufti

Beberapa individu beragama Islam berarak bersama pedati yang dibawa sambil menyorak perkataan ‘vel-vel’ ketika sambutan Thaipusam lalu.

Mufti Respon Isu Umat Islam Sertai Perarakan Kuil Penganut Hindu Ketika Thaipusam

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam kepelbagaian kaum dan agama, ia membolehkan kita semua untuk memperluaskan ilmu tentang budaya yang berbeza.

Dalam pada itu, kita juga perlulah menjaga sensitiviti kaum yang lain dengan tidak melakukan aksi yang boleh menyinggung mana-mana perasan.

Antara isu yang pernah berlaku di Malaysia adalah apabila seorang lelaki berbangsa Cina didakwa telah mempersendakan agama Islam dengan mengajuk laungan azan yang berkumandang menerusi radio di dalam kereta.

Tindakan provokasi oleh pemuda itu telah mengundang kemarahan orang ramai termasuklah seorang aktivis beragama Islam.

BACA JUGA: Didakwa Persenda Azan Dalam Radio Kereta, Pemuda Buat Permohonan Maaf

Umat Islam Sertai Perarakan Kuil Penganut Hindu Ketika Thaipusam

Pada Ahad lalu (5 Februari), penganut beragama Hindu telah menyambut Thaipusam dan melakukan perarakan sekitar kuil mereka.

Namun satu isu mula timbul dan membimbangkan sesetengah pihak apabila terdapat segelintir umat Islam didakwa menyertai perarakan tersebut.

Dalam video yang tular itu, kelihatan sekumpulan individu beragama Islam termasuk kanak-kanak berarak bersama pedati yang dibawa sambil menyorak perkataan ‘vel-vel’.

@malaysiagazette

“Ramai orang Islam dilihat tidak lagi memelihara batas-batas hukum agama, jadi pihak berkuasa agama negeri-negeri hendaklah menjelaskan hukum ini kepada umat Islam dengan kerjasama seperti jawatankuasa qaryah, pegawai masjid, guru takmir dan sebagainya.” – Mufti Pulau Pinang #malaysiagazette #mgnews #perarakankuil #muftipulaupinang #penang #umatislam

♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

Mufti Beri Penjelasan Tentang Hukum Umat Islam Setai Perarakan Agama Lain

Video berdurasi 45 saat tersebut yang didakwa berlaku di Pulau Pinang telah mendapat perhatian Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Menurut laporan Malaysia Gazette, beliau tampil memberikan penjelasan dan memaklumkan bahawa umat Islam DIHARAMKAN untuk menyertai sebarang aktiviti atau perarakan yang berkaitan dengan upacara keagamaan.

Tindakan itu ditegah dalam Islam kerana dikhuatiri boleh merosakkan keimanan mereka.

Sumber: MalayMail

Oleh itu, beliau berharap agar lebih banyak pihak termasuklah jawatankuasa surau dan masjid untuk memaklumkan hal sedemikian.

Malah, ibu bapa juga disarankan untuk menjelaskan tentang hukum-hakam dalam agama Islam kepada ahli keluarga mereka agar tiada salah faham berlaku.

Ramai orang Islam dilihat tidak lagi memelihara batas-batas hukum agama, jadi pihak berkuasa agama negeri-negeri hendaklah menjelaskan hukum ini kepada umat Islam dengan kerjasama seperti jawatankuasa qaryah, pegawai masjid, guru takmir dan sebagainya.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Toleransi dalam kalangan rakyat Malaysia memberi maksud seseorang itu perlu menghormati kepelbagaian agama yang dianuti oleh pelbagai kaum.

Tetapi ia tidak bermaksud seseorang itu dibolehkan untuk menyertai sebarang upacara keagamaan melibatkan agama lain selain Islam.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd