Now Reading
“Nabi Muhammad SAW Kirim Salam..” & Pengalaman Lain Jemaah Ketika Di Tanah Suci Mekah

“Nabi Muhammad SAW Kirim Salam..” & Pengalaman Lain Jemaah Ketika Di Tanah Suci Mekah

Sebak baca pengalaman orang ramai ketika berada di Tanah Suci Mekah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berpeluang dipilih sebagai tetamu Allah SWT sememangnya perkara yang diimpikan oleh setiap manusia. Perasaan berada di Tanah Suci Mekah tidak dinafikan, begitu tenang dan indah.

Rasa macam tak nak balik sebab perasaan yang digambarkan adalah terlalu istimewa dan tidak boleh digambarkan. Sebab itulah jangan sia-siakan walau sesaat ketika keberadaan kita di sana.

Pahala dan ganjaran di sana pula dilipat gandakan.

Rasulullah SAW pernah bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah, “Para jemaat Haji dan Umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang mereka telah belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham.”

Subahanallah.


Orang Ramai Kongsi Pengalaman Ketika Berada Di Tanah Suci, Mekah.

Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza untuk diceritakan ketika berada di Mekah. Malah, sehingga hari ini pelbagai jenis cerita sudah didengari. Sehinggakan naik bulu roma kerana terpukau dengan apa yang berlaku ketika keberadaan tetamu Allah SWT di sana.

Orang putih kata, ‘miracle’.

Menjengah di media sosial, kami mendapati terdapat beberapa perkongsian pengalaman menarik umat Islam ketika berada di Mekah. Pelik, tapi benar.

Di antaranya adalah:

Ada juga kisah di mana seorang jemaah ini merasa ragu-ragu untuk menunaikan ibadah Haji walaupun berpeluang oleh kerana perlu menemani ayahnya yang sudah uzur.

Baru berumur 24 tahun dan dikenali sebagai ‘kaki botol’, sehinggakan di dalam rumah pun ada ‘bar’. Dia juga telah cuba solat dan hadiri kursus, namun hati masih berat untuk berangkat ke Tanah Suci Mekah.

Ada juga seorang lelaki yang boleh dikatakan ‘smoker’ tegar. Ketika berada di Mina, dia terniat, “Bestnya kalau aku tak boleh bau rokok”.

Dan selepas itu, dia langsung tak boleh merokok, bau pun tak boleh.

Ada juga yang menceritakan seorang jemaah pernah berdoa sebelum menunaikan umrah, dia mengimpikan untuk berjumpa dengan arwah ayahnya, dapat tengok sekilas wajah di antara para jemaah pun sudah memadai.

Setelah itu, ketika sedang tawaf – arwah ayahnya muncul secara tiba-tiba dan tawaf bersama. Apabila selesai tawaf, arwah ayahnya masuk di celah-celah jemaah yang lain dan hilang.

Tapi perlu diingatkan, jika berada di Rumah Allah, percakapan harus dijaga dari segi apa jua sekalipun, makanan tak sedap, cuaca panas, apa sahajalah.

Ada juga kisah di mana seorang individu memaki lalat sebab menganggunya, lepas itu makin banyak lalat yang datang.

Pendek kata, kena betulkan niat dan menjaga tutur kata.

Barang yang hilang/tertinggal pun boleh dijumpai begitu sahaja. Hebat sungguh kuasa Allah SWT.

Ada juga jemaah wanita ‘merajuk’ dengan suami dan suaminya hilang dari pandangan. Sesat dan padat dengan orang ramai di sana, dia berkata di dalam hati untuk berjumpa semula dengan suami.

Dan akhirnya walaupun dari kejauhan dan lautan orang ramai, Allah SWT mengizinkannya untuk nampak kelibat suaminya.

Subahanallah. Besar sungguh kuasa Allah SWT.

Semoga perkongsian orang ramai ini dapat membuka hati umat Islam untuk berusaha menjadi yang terbaik dan diterima sebagai tetamu Allah SWT suatu hari nanti. Apa pun, niat di hati perlu senantiasa bersih sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah. Insya-Allah.

Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasulullah SAW telah bersabda, “Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang Haji yang mabrur tidak mempunyai balasan, kecuali syurga.”


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd