Now Reading
Boleh Ke Orang Islam Makan Siput Escargot?

Boleh Ke Orang Islam Makan Siput Escargot?

Mazhab Syafie menjelaskan bahawa hukum memakan Escargot adalah haram kerana haiwan tersebut termasuk dalam jenis serangga yang tidak mempunyai darah merah.

Boleh Ke Orang Islam Makan Escargot?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pernah dengar menu yang disebut sebagai Escargot? Kalau anda perasan, kebanyakan restoran Perancis akan menyajikan menu Escargot sebagai pembuka selera mereka.

Eh sekejap, apa sebenarnya Escargot ini?

Escargot merupakan sejenis siput yang terdiri daripada salah satu spesies sama ada Helix pomatia atau Helix aspersa. Kalau anda nak tahu, siput mempunyai sumber daging yang sihat kerana memiliki rendah lemak dan tinggi protein.

Merujuk kepada sumber Britannica, Escargot ini disenaraikan sebagai moluska dan lebih berkait rapat dengan kerang, tiram dan sotong kerana tidak mempunyai kaki untuk bergerak.

Sumber: Quora

Hukum Makan Siput Escargot Dalam Kalangan Umat Islam

Persoalan tentang hukum memakan siput Escargot ini pernah diajukan kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan beliau memberikan penjelasan menerusi laman web Maktabah Al-Bakri.

Menurutnya, hukum tersebut mempunyai perselisihan pendapat dalam kalangan ulama sama ada ia boleh dimakan atau tidak.

Boleh-Ke-Orang-Islam-Makan-Escargot_-2
Sumber: SBS

Pendapat Pertama:

Dalam mazhab Syafie, Abu Hanifah, Ahmad dan Daud menjelaskan bahawa hukum memakan escargot adalah HARAM kerana haiwan tersebut termasuk dalam jenis serangga yang tidak mempunyai darah merah seperti lalat, semut, cicak dan sebagainya.

Hal ini kerana haiwan tersebut dianggap jijik, kotor dan kebanyakan manusia akan menjauhinya.

Pengharaman ini selari dengan firman Allah SWT dalam surah Al A’raf ayat 157 iaitu:

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: “Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.”

Ahli tafsir ilmu iaitu Fakhruddin al-Razi menyebut bahawa apa jua yang dianggap kotor, jijik dan memudaratkan kepada manusia adalah haram.

Malah, ilmuwan Ibn Hazm al-Zahiri juga berpendapat bahawa tidak halal untuk memakan siput daratan yang tergolong sebagai hasyarat (serangga kecil yang melata) kerana tidak boleh disembelih.


Pendapat Kedua:

Namun berbeza pula dengan pendapat Imam Malik seperti yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi. Terdapat riwayat daripada al-Talib bin Tha‘labah al-Tamimi R.A, beliau berkata:

صحِبْتُ النَّبيَّ صلّى اللهُ عليه وسلَّم فلم أسمَعْ لحشَرةِ الأرضِ تحريمًا

Maksudnya: “Aku telah bersahabat dengan Nabi SAW dan tidak mendengar mengenai pengharaman hasyarat (serangga dan haiwan kecil yang melata).

Imam Malik pernah diajukan soalan sama ada sejenis haiwan seperti siput yang berada di padang pasir dan melekat di pokok boleh dimakan atau tidak.

Menurut beliau, hukumnya adalah seperti memakan belalang.

Sekiranya ia masih hidup dan dimatikan dengan cara merebus atau memanggang, maka ia boleh dimakan. Tetapi jika ia mati dengan sendiri, maka tidak boleh dimakan kerana dianggap sudah menjadi bangkai.

Boleh-Ke-Orang-Islam-Makan-Escargot_-2
Sumber: Leite’s Culinaria

Kesimpulan

Kesimpulannya, hukum memakan escargot adalah HARAM kerana termasuk dalam haiwan jenis hasyarat yang dianggap jijik, kotor dan sudah menjadi tabit manusia untuk menjauhinya.

Sebelum ini, Dr Zulkifli juga pernah mengulas lanjut tentang trend memakan tiram mentah dan hukumnya dalam Islam.

Menurut beliau, hukum memakan tiram secara mentah adalah MAKRUH.

Namun jika kesan makan makanan laut itu boleh memudaratkan tahap kesihatan seseorang, maka hukumnya adalah HARAM.

BACA JUGA: Ikut Trend Makan Tiram Mentah, Ramai Dakwa Terkena Keracunan Makanan?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd