Ikut Trend Makan Tiram Mentah, Ramai Dakwa Terkena Keracunan Makanan?
Tiram mentah mengandungi bakteria vibrio parahaemolyticus yang boleh menyebabkan seseorang terkena keracunan makanan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sejak belakangan ini, tiram mentah ‘laku keras’ kerana menjadi buruan orang ramai yang ingin mengikuti trend terkini.
Boleh dikatakan penjualan tiram mentah semakin meluas selepas mendapat sambutan menggalakan, lebih-lebih lagi mereka yang mahukan makanan laut asli dan segar.
Kalau diikutkan harga tiram atau juga dikenali sebagai oyster ini sebenarnya agak mahal, tetapi ada juga gerai yang menjualnya dengan harga murah.

Orang ramai pertikai kualiti tiram mentah yang dijual dengan harga murah
Baru-baru ini, tular satu video di mana seorang personaliti media sosial mencuba sendiri tiram mentah di sebuah medan selera sekitar Petaling Jaya, Selangor.
Katanya harga tiram mentah yang dijual di kedai itu hanya berharga RM6 dan saiznya juga agak besar.
Namun begitu, ramai pengguna media sosial mula mempersoalkan kualiti tiram mentah tersebut selepas melihat warnanya yang agak meragukan.
Kalau diikutkan, warna tiram mentah yang segar warnanya agak terang. Tetapi berbeza pula dengan warna gelap pada tiram mentah dimakan oleh personaliti media sosial berkenaan.

Pelanggan dakwa mengalami keracunan makanan lepas makan tiram mentah
Dalam pada itu, ada juga pelanggan lain yang memberi maklum balas kurang memuaskan selepas mencuba makanan laut mentah itu.
Sesetengah daripada mereka mendakwa mengalami keracunan makanan selepas memakan tiram mentah tersebut.


Risiko keracunan makanan kerana mengandungi bakteria vibrio
Untuk pengetahuan anda, tiram mentah yang merupakan makanan berasal dari laut boleh menyebabkan keracunan makanan kerana mengandungi bakteria vibrio parahaemolyticus.

Menurut hantaran dimuat naik di laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Labuan, bakteria vibrio parahaemolyticus termasuk dalam kategori bakteria patogenik yang boleh mengakibatkan keracunan makanan.
Selain perlu dimasak dengan sempurna, kaedah penyimpanan tiram mentah juga penting untuk mengekalkan kesegaran serta menghalangnya daripada cepat rosak.
Selain bakteria, penyimpanan tiram mentah juga perlu diambil berat. Ia perlulah disimpan dalam suhu sejuk selepas penangkapannya. Suhu penyimpanan yang sejuk amat penting bagi mengekalkan kesegaran tiram mentah agar ia tidak cepat rosak.
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Labuan.
Mereka yang memakan tiram mentah boleh berdepan risiko keracunan makanan selepas 12 hingga 24 jam dan akan berakhir hingga tiga hingga tujuh hari.
Antara simptom keracunan makanan adalah seperti:
- Ciri-birit
- Sakit perut
- Muntah
- Demam
Hukum makan tiram mentah dari segi Islam
Peka dengan trend semasa di mana tiram mentah menjadi buruan ramai dan menyebabkan sesetengah daripada mereka mengalami keracunan makanan, bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi penjelasan tentang isu tersebut dari sudut pandangan agama Islam.
Menurut beliau, hukum memakan tiram secara mentah adalah MAKRUH.
Namun jika kesan makan makanan laut itu boleh memudaratkan tahap kesihatan seseorang, maka hukumnya adalah HARAM.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.