Now Reading
Kerana Makan Ikan Tilapia Tidak Dimasak Dengan Betul, Wanita Hilang Kaki & Tangan

Kerana Makan Ikan Tilapia Tidak Dimasak Dengan Betul, Wanita Hilang Kaki & Tangan

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit turut menasihatkan orang ramai agar tidak memakan makanan cengkerang yang mentah bagi mengelakkan berlakunya jangkitan Vibrio Vulnificus.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sudah acap kali pakar kesihatan dan pemakanan menyarankan agar makanan atau bahan masakan mentah perlu dimasak dengan sempurna.

Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang perkara tidak diingini contohnya keracunan makanan yang boleh membawa maut atau penyakit yang lain.

Seperti yang diketahui bahan mentah mempunyai kuman yang tersendiri dan ianya boleh dihapuskan apabila makanan itu dimasak dengan sempurna.

Baru-baru ini, anggota badan seorang ibu di California terpaksa dipotong selepas wanita itu memakan ikan Tilapia yang tidak dimasak dengan sempurna.

Wanita yang dikenali sebagai Laura Barajas berusia 40 tahun telah membeli ikan berkenaan di pasar tempatan di San Jose pada Ogos lalu.

Dia kemudian memasak ikan tersebut dan memakannya di rumah, jelas rakannya Anna Messina yang menulis kisah itu di kempen GoFundMe.

Wanita kena virus Vibrio Vulnificus dan beberapa anggota badan terpaksa dibuang

Menurut Messina, Barajas telah diserang jangkitan bakteria Vibrio Vulnificus dan ditahan lebih sebulan selain kaki dan tangannya turut terpaksa dibuang pada 13 September lalu.

“Kami secara hormatnya meminta bantuan kepada sebuah keluarga yang sedang menghadapi saat yang mencabar.

“Apa yang berlaku kepada mereka boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan sama-sama kita boleh melakukan perubahan,” ujar Messina, lapor Insider.

Setakat ini kutipan wang bagi membantu keluarga Laura telah mencecah USD79,748 (RM375,00).

Pada 1 September, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah mengeluarkan satu nasihat kesihatan yang memberi amaran mengenai jangkitan bakteri Vibrio Vulnificius di Amerika Syarikat yang semakin meningkat disebabkan peningkatan suhu air.

Foto: GoFundMe

Bakteria Vibrio Vulnificus hidup di dalam air

Jelas CDC, Vibrio Vulnificus adalah sejenis bakteria yang hidup di perairan yang lebih panas di Teluk Mexico.

Katanya, bakteria ini telah menyebabkan lebih kurang 80,000 penyakit di negara tersebut pada setiap tahun.

Tanda-tanda kena jangkitan Vibrio Vulnificus dan dinasihatkan elak makan makanan cengkerang mentah

Antara tanda-tanda diserang kuman Vibrio Vulnificus adalah :

  • Mengalami cirit-birit
  • Kejang perut
  • Loya, muntah dan demam
  • luka yang dijangkiti kuman tersebut juga akan kelihatan kemerahan, sakit, bengkak, panas, berlaku perubahan warna dan juga discaj.

Walau bagaimanapun menurut CDC jangkitan ini kebiasaanya berlaku sekiranya seseorang memakan makanan yang tidak dimasak dengan betul atau mentah seperti tiram dan makanan laut bercengkerang lain.

“Jangan makan makanan yang mentah atau tidak dimasak dengan betul seperti tiram atau makanan bercengkerang yang lain. Pastikan ia masak sebelum dimakan.

“Sentiasa basuh tangan menggunakan sabun dan air selepas mengendalikan makanan bercengkerang yang mentah,” kata CDC lagi.

Selain itu, agensi berkenaan turut mencadangkan individu yang mempunyai luka untuk berada jauh dari air laut masin bagi mengelakkan diri dijangkiti Vibrio.

Menurut laporan FOX26, di Galveston, Texas seorang lelaki telah dilaporkan meninggal dunia ketika Minggu Hari Pekerja selepas dia memakan tiram yang tercemar dengan virus yang sama pada 29 Ogos.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd