Now Reading
“Anak Syurga” – Kanak-kanak 4 Tahun Meninggal Dunia Ketika Tunai Umrah Di Madinah

“Anak Syurga” – Kanak-kanak 4 Tahun Meninggal Dunia Ketika Tunai Umrah Di Madinah

Kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun bernama Nur Alesha Ammara itu difahamkan mengalami demam panas dan jangkitan kuman sebelum meninggal dunia di Madinah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa setiap manusia yang hidup di dunia akan bertemu dengan ajal masing-masing tanpa mengira umur dan keadaan.

Boleh jadi seseorang itu kelihatan sihat, tetapi ditakdirkan meninggal dunia pada usia muda.

Antara impian setiap umat Islam adalah untuk meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah iaitu suatu pengakhiran kehidupan dalam keadaan suci dan damai.

BACA JUGA: Kematian Yang Dicemburui, Ustazah Meninggal Dunia Sewaktu Pimpin Bacaan Al-Quran

Kanak-kanak Perempuan Temui Ajal Di Madinah Ketika Tunai Umrah

Pemergian seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun menjadi perhatian masyarakat apabila dia dikhabarkan meninggal dunia di Madinah ketika sedang menunaikan ibadah umrah bersama keluarga.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook (Afiq Zulhafiz Afiq), lelaki ini memaklumkan anak saudaranya bernama Nur Alesha Ammara telah meninggal dunia pada jam 3:05 petang waktu Madinah.

Anak-Syurga_-Kanak-kanak-4-Tahun-Meninggal-Dunia-Ketika-Tunai-Umrah-Di-Madinah-1
Sumber: Facebook Afiq Zulhafiz Afiq

Difahamkan, kanak-kanak itu mengalami demam panas dan jangkitan kuman pada Selasa lalu (14 Februari) sebelum meninggal dunia.

Jenazah kanak-kanak perempuan itu telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jannatul Baqi Madinah di dalam kawasan Masjid Nabawi.

Menerusi video perkongsian yang dimuat naik oleh seorang lelaki di laman Instagram miliknya(@muhddhuha02), kelihatan ramai jemaah yang mengiringi jenazah Nur Alesha Ammara ketika proses pengebumian kanak-kanak itu.


Ramai Yang Cemburu Dengan Pemergian Kanak-kanak Perempuan Itu

Rata-rata netizen turut sebak dengan berita pemergian Nur Alesha Ammara itu yang dianggap sebagai ‘husnul khatimah’ kerana bertemu ajal di tanah suci Madinah.

Team TRP mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga kanak-kanak tersebut. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan mendapat rahmat Allah.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

BACA JUGA: Doktor Kongsi Cerita Menyentuh Hati Ketika ‘On Call’ Dalam Penerbangan Pulang Dari Istanbul


Tanda-tanda Pemergian Dengan Cara Husnul Khatimah

Pemergian dalam cara yang baik atau disebut sebagai ‘husnul khatimah’ merupakan sesuatu yang sangat mulia dalam Islam.

Antara tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan ‘husnul khatimah’ adalah:

  • Sempat melafazkan dua kalimah syahadah sebelum meninggal dunia.
  • Meninggal dunia pada malam atau hari Jumaat.
  • Dahi berpeluh.
  • Diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk sentiasa melakukan ibadah.
  • Menghidap penyakit berkaitan perut.
  • Meninggal dalam keadaan lemas, jatuh bangunan atau syahid di jalan Allah SWT.
  • Meninggal ketika melahirkan anak.
  • Meninggal dunia ketika mempertahankan harta dan maruah diri.
  • Meninggal dunia kita melakukan amal soleh.

Semoga kita semua diberikan pengakhiran kehidupan dalam keadaan yang baik juga. Amin.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd