[Video] Suami Pergi Lepas 5 Bulan Menikah Akibat Demam Panas Selama 3 Hari
Menerusi video di akaun TikTok Erlina, isteri ini telah menunjukkan memori bersama suaminya sebelum meninggal dunia akibat demam selama 3 hari.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Adalah satu lumrah bagi setiap orang dilahirkan berpasangan. Bagi mereka yang bergelar suami dan isteri, sudah pasti mereka akan saling memerlukan satu sama lain.
Mana tidaknya, pasangan inilah yang selalu ada waktu senang dan susah. Bukan itu sahaja, pasangan juga merupakan seseorang untuk kita bermanja dan berkasih sayang.
Isteri Sebak Teringat Memori Bersama Suami Sejak Mula Berkenalan
Menerusi perkongsian video oleh Erlina di akaun TikTok miliknya (@erlinajaaper), dia telah memuat naik satu video yang menyaksikan perjalanan indahnya bersama pasangan sejak dari pertemuan pertama kali sehinggalah menerima berita kematian mengejut suami tersayang.
Menurut Erlina, mereka berdua telah bertemu pada 10 Januari 2018 dan meneruskan hubungan sebagai pasangan yang romantis. Terdahulu, arwah suaminya dikatakan telah menghadiri majlis graduasi bagi pihak keluarga Erlina yang jauh di kampung halaman dan sentiasa ada untuk dirinya.
Malah, Erlina turut menjelaskan bahawa keluarga daripada kedua-dua belah pihak telah pun berjumpa pertama kalinya pada 10 Julai 2022 dan terus mula membuat persiapan perkahwinan mereka.
Sumber gambar: TikTok @erlinajaaper
Setelah bertahun-tahun berkenalan, mereka sah bergelar suami isteri pada tanggal 25 Februari tahun ini iaitu tarikh yang sama dengan hari lahir arwah suaminya.
Dalam video sama, Erlina turut menyenaraikan “pengalaman pertama” pasangan itu bersama, termasuk menyanyi karaoke dan menunggang motosikal.
Tambahnya lagi, dia merindui memori mereka bercuti dan berterima kasih kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepadanya untuk meluangkan masa-masa terindah bersama suami tercinta.
Sumber gambar: TikTok @erlinajaaper
Untuk pengetahuan umum, suami Erlina mula demam pada 19 Julai 2023 dan menghembuskan nafas terakhir di sisinya pada 21 Julai kira-kira jam 3 pagi.
Netizen Sebak Dengan Kisah Duka Pasangan Ini
Meskipun Erlina tidak menjelaskan sebarang punca kematian mengejut suaminya selepas tiga hari demam, sesetengah netizen beranggapan bahawa dia berkemungkinan meninggal dunia akibat sepsis.
Malah, disebabkan pilu dengan kisah pasangan ini, ada juga netizen menyatakan bahawa suami Erlina adalah seorang yang baik selepas menonton video tersebut.
Sumber gambar: TikTok @erlinajaaper
“Ciptalah sebanyak mungkin memori dalam telefon,” tulis seorang pengguna TikTok menerusi ruang komen video berkenaan.
“Rakam la semua benda, time never wait for us,” tulis seorang lagi netizen.
@erlinajaaper 5 bulan yang singkat, tapi sangat bermakna @alifkhuzaify ♬ original sound – Erlina Jaaper
Semoga Erlina akan terus kuat untuk meneruskan perjalanan hidup pada masa akan datang.
Antara Simptom Demam Panas Yang Perlu Diambil Perhatian
Pasti ada di antara kita yang sering berasa tidak sedap badan tetapi kurang pasti tentang simptom yang dihadapi. Oleh itu, bagi mereka yang masih keliru, di bawah ini merupakan simptom demam panas yang perlu diambil perhatian:
- Menggigil yang melampau
- Badan berpeluh
- Sakit kepala
- Rasa lemah dan tidak larat
- Menjadi mudah marah
- Hilang selera makan
- Dehidrasi
Buat sesiapa yang mengalami simptom-simptom di atas adalah disarankan untuk jumpa doktor dalam kadar yang segera.
Sumber: TikTok @erlinajaaper | WebMD
Baca Artikel Berkaitan: Simpan Ubat Demam Paracetamol Terlalu Lama Dalam Peti Sejuk Undang Bahaya
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Nasihat Elak Letak Tuala Basah Waktu Anak Demam. Boleh Terkena Sawan!
Baca Artikel Berkaitan: “Anak Syurga” – Kanak-kanak 4 Tahun Meninggal Dunia Ketika Tunai Umrah Di Madinah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.