Now Reading
Doktor Nasihat Elak Letak Tuala Basah Waktu Anak Demam. Boleh Terkena Sawan!

Doktor Nasihat Elak Letak Tuala Basah Waktu Anak Demam. Boleh Terkena Sawan!

Haba panas akan terperangkap di bahagian kepala kerana terhalang dengan tuala tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila anak-anak tak berapa sihat, pasti ibu bapa akan gelisah dan tidak tenteram. Mana tidaknya, risau dengan kesihatan mereka yang tidak baik.

Selain dibawa berjumpa doktor di klinik, sesetengah ibu bapa mengamalkan cara tradisional untuk mempercepatkan anak mereka sembuh seperti biasa.

Contohnya menggunakan lemon, halia dan madu.

Bila anak demam pula, mesti kita selalu nampak ibu bapa akan meletakkan tuala basah di dahi mereka, betul tak? Perbuatan itu sebenarnya tidak digalakkan.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok oleh seorang doktor, dia memberitahu terdapat dua sebab mengapa tindakan meletakkan tuala basah di dahi adalah tidak digalakkan. Antaranya seperti:

1. Mudah ditepis oleh anak kecil

Sumber: theAsianparent Malaysia

Yang pertama adalah kerana ianya tidak efisien. Anak-anak terutamanya yang masih kecil akan rasa tidak selesa apabila ada sesuatu pada bahagian kepala mereka.

Jadi, mereka akan sedaya-upaya untuk menepis tuala tersebut.

2. Haba akan terperangkap

Apabila tuala basah diletakkan pada dahi, haba dari dalam badan akan terperangkap di bawah tuala tersebut.

Bayangkan macam mana waktu periuk nasi ditutup. Haba di bawah tidak boleh keluar kerana dihalang oleh sesuatu. Sama juga kalau kita letak tuala di bahagian kepala ketika demam.

Doktor itu juga memberitahu bahawa keadaan di mana haba terperangkap di kepala juga boleh menyebabkan berlakunya sawan.

Jadi cara yang terbaik adalah dengan hanya menyapu air di bahagian kepala. Wap air akan memudahkan haba tersejat keluar daripada badan.

Mungkin ada ibu bapa yang kurang peka tentang tindakan tersebut sebelum ini. Sekarang anda dah tahu kan? Jadi selagi boleh elak, kita elakkan okay?

Tips ketika anak demam

  • Beri mereka pakaian yang nipis.
  • Pakaian tebal seperti baju sejuk dan selimut tidak digalakkan ketika suhu tinggi kerana untuk mengelakkan haba terperangkap dalam badan.
  • Pastikan sistem pengudaraan bilik dalam keadaan baik.
  • Kipas atau penghawa dingin dipasang bagi membantu menurunkan suhu badan.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd