Now Reading
Simpan Ubat Demam Paracetamol Terlalu Lama Dalam Peti Sejuk Undang Bahaya

Simpan Ubat Demam Paracetamol Terlalu Lama Dalam Peti Sejuk Undang Bahaya

Cara penyimpanan ubat boleh didapati dalam sisipan produk di bawah tajuk “penyimpanan” atau “storage”.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap ubat ada cara penyimpanan yang disarankan oleh pengilang setelah menguji kestabilan ubat-ubat tersebut pada suhu berlainan untuk jangka masa tertentu.

Ada ubat yang perlu disimpan pada tahap beku, ada yang boleh disimpan pada suhu bilik dan ada juga yang perlu disimpan dalam peti sejuk.

Walau bagaimanapun, menurut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sesetengah ubat disimpan dalam peti sejuk di farmasi tetapi boleh disimpan pada suhu bilik oleh pesakit.

Sumber: Verst

Pendek kata, kualiti ubat pun perlu dijaga.


Paracetamol bahaya kalau terlalu lama di dalam peti sejuk.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter merangkap Pakar Perubatan (drluqman) baru sahaja berkongsi tentang ubat demam Paracetamol sebenarnya bahaya jika di simpan dalam peti sejuk terlalu lama.

Gambar sekadar hiasan.
(Sumber: Kedah News)

Mengapa?

Ini penjelasan ringkas doktor tersebut:

Bukan setakat itu sahaja, satu lagi kesilapan yang mungkin segelintir ibu bapa tidak perasan adalah apabila mereka menyimpan ubat demam tersebut sehingga berbulan-bulan lamanya di dalam peti sejuk.

Mengulas lanjut, doktor berkenaan menjelaskan bahawa menyimpan ubat terlalu lama di dalam peti sejuk akan menyebabkan punca bakteria membiak sehingga membawa kepada kerosakkan ubat.

Akhir kata, beliau turut memberikan nasihat supaya ubat demam diletakkan di tempat kering pada suhu bilik. Tapi seeloknya, jangan simpan ubat yang sama sejurus anak-anak kembali sihat.

Buang sahaja dan dapatkan yang baharu jika mereka tidak sihat.


Cara Penyimpanan Ubat Dengan Betul.

Mungkin ramai yang masih keliru bagaimana cara penyimpanan ubat yang disarankan oleh KKM.

Kami ringkaskan tips-tips seperti di bawah:

  1. Cara penyimpanan ubat biasanya dinyatakan pada sisi kotak atau bungkusan asal ubat.
  2. Cara penyimpanan ubat boleh didapati dalam sisipan produk di bawah tajuk “penyimpanan” atau “storage”.
  3. Pihak farmasi mungkin meletakkan pelekat dengan arahan penyimpanan pada bekas ubat.
  4. Anda boleh bertanya terus kepada ahli farmasi yang memberi ubat.
Contoh arahan penyimpanan pada kotak bungkusan ubat.
(Sumber: KKM)

Ubat Simpanan Peti Sejuk.

Jika arahan pada bungkusan ubat menyatakan “simpan pada suhu 2 – 8°C”, “keep refrigerated” atau “store at 2 – 8°C” ia bermaksud anda perlu menyimpan ubat tersebut dalam peti sejuk.

Peti sejuk di farmasi terdapat alat kawalan suhu dan penanda suhu semasa.

Namun, kebanyakan peti sejuk domestik tidak menunjukkan suhu semasa peti sejuk. Oleh itu, langkah-langkah berikut disarankan untuk penyimpanan ubat dalam peti sejuk domestik:

  1. Simpan ubat di rak tengah peti sejuk serta jarakkan dari barang-barang lain dalam peti sejuk.
  2. Jauhkan ubat dari bahagian sejuk beku dan lubang udara untuk mengelak pembentukan kristal ais yang merosakkan ubat.
  3. Tidak menyimpan ubat di bahagian pintu peti sejuk kerana ubat akan terdedah kepada suhu yang tidak sekata setiap kali pintu peti sejuk dibuka.
  4. Pastikan ubat sukar dicapai oleh kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut, ibu bapa disarankan untuk merujuk kepada pakar perubatan atau ahli farmasi terlebih dahulu tentang cara penyimpanan ubat anak-anak.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd