Now Reading
[Video] Netizen Persoal Pusat Tahfiz Benarkan Kanak-Kanak Perempuan Menyanyi Demi Cari Dana

[Video] Netizen Persoal Pusat Tahfiz Benarkan Kanak-Kanak Perempuan Menyanyi Demi Cari Dana

Beberapa individu mendakwa itu bukan pertama kali pusat tahfiz berkenaan melakukan aktiviti sedemikian demi mencari dana.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kini, semakin ramai umat Islam yang ingin menghantar anak-anak mempelajari ilmu agama serta menjadi penghafaz al-Quran.

Ia menjadi lebih mudah selepas kewujudan banyak sekolah agama dan tahfiz di seluruh tanah air.

Walaupun sekolah-sekolah tersebut didaftarkan di bawah pihak berwajib seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), namun terdapat juga sekolah tahfiz yang beroperasi tanpa kelulusan.

Malah, terdapat pula sekolah tahfiz persendirian yang menggunakan pelajarnya untuk mendapatkan sumbangan daripada orang ramai.


Kanak-Kanak Perempuan Nyanyi Untuk Raih Sumbangan

Baru-baru ini, tular satu video di laman X yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berjubah hitam dan berpudah sedang menyanyi di atas pentas. Kelihatan seorang lelaki dewasa yang berada di hadapan pentas turut berduet bersama-samanya.

Menerusi kenyataan pada video berkenaan, kanak-kanak tersebut sedang melakukan persembahan bagi tujuan membantu dalam kutipan dana bagi sebuah pusat tahfiz.

“Subhanallah, anak-anak sebaya mereka sibuk dengan bermain. Anak-anak [di tahfiz] sanggup membantu mencari dana untuk tahfiz,” dituliskan pada video tersebut.

Perkara ini bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang seorang pengguna laman X (@ZacZakirin13). Dia yang memuat naik video tersebut mengingatkan orang ramai agar memantau aktiviti anak-anak yang dihantar ke sekolah tahfiz.

Dakwanya, perbuatan tersebut adalah seperti mempergunakan anak kecil selain sesuatu yang bidaah.

“Kalau nak hantar anak-anak ke sekolah tahfiz, pantaulah aktiviti mereka. ‘Mursyid’ jahil mempergunakan anak kecil, mempergunakan agama dan menunggang nama Rasulullah SAW untuk buat perkara bidaah dan maksiat,” kata pengguna tersebut.


Netizen Tidak Setuju, Seperti Gunakan Kanak-Kanak Kutip Dana

Video tersebut menerima pelbagai reaksi kurang senang daripada netizen kerana dilihat seperti mempergunakan kanak-kanak bagi tujuan mendapatkan dana tahfiz.

Seorang individu berkata sudah terdapat kes penyalahgunaan dana tahfiz yang dilaporkan sebelum ini dan lebih banyak yang masih belum dibongkarkan.

Sumber: X

Pengguna @fatihwho_ mendakwa bahawa kanak-kanak itu merupakan anak kepada lelaki dewasa di hadapan pentas berkenaan. Namun begitu dia tetap tidak bersetuju dengan kaedah tersebut.

Dakwa Zac, perkara tersebut merupakan satu bentuk maksiat dan tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Sumber: X

Bukan Pertama Kali Tahfiz Kutip Dana

Dalam masa yang sama, timbul dakwaan daripada beberapa individu bahawa ini bukan pertama kali pusat tahfiz tersebut mengadakan aktiviti sedemikian, tetapi sudah bertahun-tahun lamanya.

“Kalau tahfiz berdaftar kenapa tak mohon bantuan dari Jabatan Agama Islam?” persoalnya.

Sumber: X

Malah seorang pengguna mendakwa pernah juga mereka memasang lampu ketika melakukan persembahan sehingga kelihatan seperti dangdut.

Sumber: X

Selain itu, seorang pengguna lain mendakwa pusat tahfiz tersebut turut memaparkan kanak-kanak di dalam ‘live’ TikTok bagi mengutip dana.

“Seriously nampak lain macam,” katanya.

Namun sejauh mana dakwaan berkenaan tidak kami ketahui. Malah, dakwaan yang menyatakan kanak-kanak itu adalah anak kepada lelaki di dalam video itu juga tidak dapat disahkan.


Sekolah Tahfiz Di Bawah PBAN

Sekolah tahfiz merupakan antara sistem pendidikan terawal dalam sejarah pendidikan Islam. Ia bertujuan bagi menghasilkan para penghafaz kitab suci al-Quran.

Menerusi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), pengurusan pendidikan sekolah tahfiz diselaraskan dengan penghafazan al-Quran yang seragam.

Berdasarkan data oleh JAKIM, terdapat sejumlah 1,245 tahfiz berdaftar di seluruh negara setakat Ogos 2021.

Sebagai info tambahan, kesemua sekolah agama termasuk pusat tahfiz didaftarkan di bawah Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN) dan bukan lagi di bawah pentadbiran KPM.

Dalam masa yang sama, terdapat juga Sekolah Agama Bantuan Kerajaan yang berdaftar di bawah KPM. Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hanya sebanyak 229 buah SABK sehingga 31 Januari 2023.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd