Now Reading
JAKIM Dedah Lebih 70% Pemegang Sijil Halal Di Malaysia Adalah Bukan Bumiputera

JAKIM Dedah Lebih 70% Pemegang Sijil Halal Di Malaysia Adalah Bukan Bumiputera

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendedahkan hanya 16% atau 37,466 produk sahaja dari syarikat bumiputera yang mempunyai sijil halal.

JAKIM Dedah 70% Pemegang Sijil Halal Di Malaysia Adalah Bukan Bumiputera

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Sijil halal yang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah salah satu perkara penting bagi produk makanan serta minuman di Malaysia.

Terbaharu, JAKIM mendedahkan hampir 72% atau 165,026 daripada keseluruhan 229,204 produk yang memegang sijil halal di Malaysia adalah daripada syarikat bukan beragama Islam.

Memetik laporan Sinar Harian, hanya 16% atau 7,466 produk sahaja yang merupakan dari syarikat bumiputera. Data tersebut dikumpul dari tahun 2021 sehingga 10 April lalu.

Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Mohamad Zamri Mohamed Shapik memaklumkan terdapat lebih 20,000 produk dari syarikat bukan bumiputera yang telah memiliki sijil halal JAKIM sehingga 10 April 2023.

Pada tahun ini sahaja sehingga 10 April lalu, terdapat 21,448 produk milikan bukan bumiputera yang mempunyai status halal JAKIM berbanding 8,341 produk bumiputera.

Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Mohamad Zamri Mohamed Shapik.

Malah, hanya 41% sahaja usahaawan bumiputera yang berminat untuk mendapatkan sijil penting ini bagi perniagaan mereka.

Situasi ini jelas menunjukkan bahawa pemilik syarikat bumiputera masih belum peka dengan kepentingan untuk memiliki sijil halal dari JAKIM.

Status halal tidak hanya tertumpu kepada penghasilan produk, tetapi ia juga berkaitan dengan keadah pengeluaran, cara pembungkusan serta tahap kebersihan.

Sehingga kini, sudah banyak premis perniagaan makanan yang terkenal di Malaysia sudah mendapatkan sijil halal JAKIM termasuklah llaollao, KyoChon 1991, Hershey dan FamilyMart.


Adakah Logo Halal Wajib Dimohon?

Gambar sekadar hiasan.

Sebagai info JAKIM sebelum ini ada memaklumkan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah bersifat sukarela dan bukannya wajib.

Namun usaha murni pihak pengeluar atau syarikat dalam memohon pentauliahan berkenaan adalah amat dialu-alukan demi memastikan produk yang dihasilkan adalah ‘Halalan Toyyiban’ iaitu halal, baik, suci, bersih, selamat dan pada masa yang sama mengikut seluruh standard dan garis panduan yang telah ditetapkan jabatan berkenaan.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan pula, semua produk IKS Muslim yang tiada logo halal (JAKIM) tidak boleh dianggap tidak halal mahupun haram.

Hal ini kerana status halal tertakluk pada pada bahan-bahan yang digunakan serta teknik penyediaan yang menepati syarak.

Produk makanan umat Islam mestilah daripada sumber bahan mentah yang halal lagi suci.

Sebaliknya, sumber bahan mentah daripada haiwan haram mahupun haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak, maka jelaslah produk makanan tersebut daripada sumber yang haram.

Sehubungan itu, pengguna Muslim perlu bijak dalam membuat penelitian terhadap bahan-bahan yang dibeli sama ada bebas daripada unsur haram mahupun sebaliknya.

BACA JUGA: FamilyMart Malaysia Henti Penjualan Alkohol Sejak Mac 2023, Raih Sijil Halal Pertama

BACA JUGA: llaollao Malaysia Kini Terima Sijil Halal Dari JAKIM

BACA JUGA: KyoChon 1991 Malaysia Sah Terima Sijil Halal, Tawar 15% Diskaun Hingga 13 Jun 2023

BACA JUGA: ‘bekal by foodpanda’ Umum Pensijilan Halal Yang Dikeluarkan Oleh JAKIM


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd