Now Reading
FamilyMart Malaysia Henti Penjualan Alkohol Sejak Mac 2023, Raih Sijil Halal Pertama

FamilyMart Malaysia Henti Penjualan Alkohol Sejak Mac 2023, Raih Sijil Halal Pertama

FamilyMart Malaysia menyasarkan status halal untuk 300 FamiCafé menjelang tahun 2025.

familymart malaysia halal

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (10 Mei), FamilyMart Malaysia telah mengumumkan tentang penghentian penjualan minuman keras/alkohol di kesemua 360 cawangan kedainya. Ia bertujuan untuk memberikan keyakinan tambahan buat para pelanggan, khususnya yang beragama Islam.

Pengarah Urusan QL Maxincome Sdn Bhd Chia Lik Khai menjelaskan bahawa usaha tersebut telah dilaksanakan sejak Mac lalu dalam memastikan pelanggan berbelanja dan menjamu selera tanpa was-was di premis mereka.

Kedai-kedai FamilyMart Malaysia akan menjalani audit halal secara berperingkat mengikut panduan JAKIM, dan prosesnya telah bermula di dua kedai lain.

Minuman alkohol adalah penyumbang kecil dalam perniagaan kami setakat ini. Jadi, kami menjangkakan kesannya adalah amat minimum dan kami menumpukan perbelanjaan kepada makanan dan minuman untuk menampung jualan.

Pengarah Urusan QL Maxincome Sdn Bhd Chia Lik Khai.

FamilyMart Malaysia Lancar ‘FamiCafé’ & Raih Sijil Halal Pertama Oleh JAKIM

FamilyMart juga mencipta rekod baharu apabila kedai serbaneka itu sewaktu perasmian FamiCafé di Menara U, Shah Alam mengumumkan telah mendapat pensijilan halal oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ia secara langsung menjadikan kafe kedai serbaneka itu sebagai yang pertama di Malaysia untuk menerima sijil halal.

Sebagai sebahagian daripada inovasi berterusan untuk mengembangkan semangat konbini bagi memenuhi gaya hidup dan keperluan pelanggan, FamilyMart akan memperkenalkan konsep FamiCafé di kesemua cawangan.

Konsep yang disahkan halal ini menyajikan minuman kafe dan makanan sedia untuk dimakan disiapkan di dalam kedai. Ini termasuk makanan kegemaran sepanjang masa seperti oden, snek panas seperti chiki katsu rangup dan sosej (corndog), serta sofuto.

Konsep FamiCafé menggabungkan minuman kafe berkualiti dan tawaran sajian dengan keselesaan masa dan lokasi. Sejak pelancarannya, konsep ini telah menerima sambutan baik untuk kualiti, nilai dan keselesaan yang ditawarkan.

Sehingga kini terdapat 16 FamiCafé di Malaysia dengan sasaran untuk membuka 50 FamiCafé menjelang akhir tahun 2023. Semua FamiCafé serba baharu akan mengadaptasi susun atur yang disediakan JAKIM, manakala stor sedia ada akan diubah suai untuk tujuan sama.

FamilyMart Malaysia dalam masa yang sama menyasarkan penerimaan status halal untuk 300 buah cawangan FamiCafé menjelang tahun 2025.

Kami amat teruja FamiCafé berjaya menjadi kafe kedai serbaneka pertama di Malaysia yang menerima sijil halal, selaras dengan usaha berterusan kami untuk menambah baik pengalaman pelanggan dan memberi nilai tambah kepada mereka. Perjalanan kami untuk mendapatkan pensijilan halal di kedai kami adalah langkah ke hadapan dalam memberikan jaminan dan keyakinan yang lebih utuh kepada pelanggan untuk membeli-belah dan menjamu selera bersama kami.

FamilyMart Malaysia.

Untuk rekod, setakat 30 April 2023, 172 produk makanan jenama FamilyMart telah didaftarkan halal di portal halal rasmi JAKIM.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd