Now Reading
KyoChon 1991 Malaysia Sah Terima Sijil Halal, Tawar 15% Diskaun Hingga 13 Jun 2023

KyoChon 1991 Malaysia Sah Terima Sijil Halal, Tawar 15% Diskaun Hingga 13 Jun 2023

Bagi meraikan kejayaan ini bersama semua rakyat Malaysia, KyoChon 1991 Malaysia menawarkan potongan 15% bagi santapan di cawangan, bawa pulang dan pesanan melalui web dari 12 Mei sehingga 13 Jun 2023 (tiada perbelanjaan minimum diperlukan).

kyochon halal

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


KyoChon 1991 Malaysia menjadi rangkaian ayam goreng Korea Antarabangsa pertama yang mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dalam sidang media yang diadakan di cawangan The Gardens Mall hari ini (11 Mei), KyoChon 1991 Malaysia mengumumkan bahawa 15 cawangan mereka kini disahkan halal oleh JAKIM.

Ini termasuk 10 cawangan di Selangor, dua cawangan di Johor, dua cawangan di Pulau Pinang, dan satu cawangan di Negeri Sembilan.

Cawangan-cawangan terlibat adalah di pusat membeli-belah:

  1. 1 Utama.
  2. Sunway Pyramid.
  3. Setia City Mall.
  4. IPC.
  5. IOI Mall Puchong.
  6. Central i-City.
  7. Seksyen 9 Bangi.
  8. Bandar Botanik Klang.
  9. Prima Sri Gombak.
  10. Cheras Traders Square.
  11. Johor Bahru City Square.
  12. The Mall Mid Valley Southkey.
  13. AEON Mall Nilai.
  14. Arena Curve Pulau Pinang.
  15. Sentral Jaya Pulau Pinang.

Meskipun KyoChon 1991 sejak dari mula lagi tidak menghidangkan daging khinzir dan hanya menggunakan bahan-bahan halal import Korea terbaik, KyoChon 1991 Malaysia turut mengumumkan pihak mereka berbesar hati untuk mendapat pensijilan rasmi daripada JAKIM agar pelanggan yakin bahawa piawaian halal sentiasa menjadi keutamaan dan dipraktikkan dalam penyedian sajian mereka.

Pensijilan halal JAKIM merupakan matlamat penting untuk KyoChon 1991 sejak jenama ini dilancarkan di Malaysia pada Disember 2013. Kami amat bertuah kerana pemberi francais memberi sokongan penuh dan melabur untuk kilang automatik bernilai jutaan dolar bagi penghasilan sos dan perapan KyoChon 1991. Ini bermakna pelanggan KyoChon 1991 di Malaysia boleh menikmati rasa dan kualiti bahan yang sama seperti apabila menjamu selera di KyoChon 1991 di Korea kerana semua sos dan perapan berasal dari kilang halal yang sama!

KyoChon 1991 Malaysia.

Mengulas lanjut, Terry Goh selaku Ketua Pegawai Eksekutif KyoChon 1991 Malaysia berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang membolehkan mereka berkembang kepada 35 cawangan di seluruh negara.

Sebagai perintis rangkaian ayam goreng Korea di Malaysia, kami bersyukur kerana rakyat Malaysia telah menjadikan kami sebagai pengendali KyoChon 1991 yang paling berjaya di luar Korea dan ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan bahawa kami sentiasa mematuhi piawaian makanan dan keselamatan yang tertinggi dan amat gembira kerana telah secara rasmi disahkan halal oleh JAKIM sebagai jenama yang boleh anda percayai. Bagi meraikan kejayaan ini, kami berbesar hati menawarkan diskaun 15% kepada pelanggan kami apabila menjamu selera di KyoChon pada bulan ini.

Terry Goh, Ketua Pegawai Eksekutif KyoChon 1991.

BACA JUGA: KyoChon 1991 Rai Aidilfitri Dengan Kombo Menarik Untuk Dikongsi Seisi Keluarga


Lalui Proses Rumit Untuk Raih Sijil Halal

Pihak KyoChon 1991 dalam masa yang sama menjelaskan bahawa pensijilan halal telah menjadi perjuangan berterusan bagi kebanyakan rangkaian dalam industri makanan dan minuman di Malaysia.

Meskipun perlu melalui proses amat rumit, KyoChon 1991 Malaysia berdedikasi menjadi jenama yang dipercayai oleh pelanggan di Malaysia.

Kesemua cawangan telah menjalani proses pengauditan oleh JAKIM.

KyoChon 1991 Malaysia bakal mengumumkan lebih banyak cawangan yang disahkan halal tidak lama lagi.

Turut hadir pada sidang media KyoChon 1991 Malaysia untuk pemerolehan pensijilan halal mereka hari ini ialah Terry Goh Ketua Pegawai Eksekutif KyoChon 1991 Malaysia, dan Mohd Fakarudin bin Mas’od Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menyampaikan sijil halal kepada KyoChon 1991.

Berita baik buat penggemar ayam KyoChon 1991 di luar sana, bagi meraikan kejayaan ini bersama semua rakyat Malaysia, KyoChon 1991 Malaysia menawarkan potongan 15% bagi santapan di cawangan, bawa pulang dan pesanan melalui web dari 12 Mei sehingga 13 Jun 2023 (tiada perbelanjaan minimum).

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terkini KyoChon 1991 Malaysia serta pensijilan halal, anda boleh KLIK SINI.

BACA JUGA: FamilyMart Malaysia Henti Penjualan Alkohol Sejak Mac 2023, Raih Sijil Halal Pertama


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd