Now Reading
‘bekal by foodpanda’ Umum Pensijilan Halal Yang Dikeluarkan Oleh JAKIM

‘bekal by foodpanda’ Umum Pensijilan Halal Yang Dikeluarkan Oleh JAKIM

‘bekal by foodpanda’ adalah satu-satunya armada penghantaran makanan di negara ini yang disahkan halal selepas menerima pensijilan halal daripada JAKIM pada Disember 2022.

bekal by foodpanda

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Isu pensijilan halal setiap premis makanan pasti akan menjadi satu persoalan yang akan diutarakan oleh ramai pihak, terutamanya yang beragama Islam.

Kalau nak beli makanan, benda pertama yang akan disemak adalah SIJIL HALAL pada produk berkenaan. Sebab itulah kadang-kadang lama juga berada di dalam pasar raya.

Sambil pilih produk makanan, sambil membelek sijil halal.

Sama juga jikalau kita memesan makanan menerusi servis penghantaran makanan, pastilah kita akan memilih makanan yang halal sahaja, bukan? Tapi susah juga nak tahu kalau beli di atas talian.


foodpanda Umum Pensijilan Halal Untuk Armada Penghantaran Khas Miliknya

Pada 14 Mac lalu, foodpanda Malaysia iaitu platform penghantaran makanan terkemuka telah memperkenalkan syarikat seinduk dan armada penghantaran khas yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

‘bekal by foodpanda’ adalah satu-satunya armada penghantaran makanan di negara ini yang disahkan halal selepas menerima pensijilan halal daripada JAKIM pada Disember 2022.

Ia merupakan satu penawaran baharu oleh foodpanda dengan penunggang khas untuk menghantar barangan makanan yang disahkan halal secara eksklusif bagi pesanan yang dibuat melalui aplikasi dan laman sesawang foodpanda.

Pengumuman telah dibuat oleh Pengarah Vertikal Baharu foodpanda Malaysia, Afzan Lutfi ketika Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor (Selhac 2023).

Kami memahami bahawa pensijilan Halal adalah penting untuk pasaran tempatan. Pelanggan mahukan jaminan bahawa makanan yang dihantar kepada mereka dilakukan mengikut piawaian yang tertinggi dan bahawa integriti Halal makanan itu sentiasa dilindungi.

Pengarah Vertikal Baharu foodpanda Malaysia, Afzan Lutfi.

‘bekal by foodpanda’

Perniagaan yang disahkan Halal dalam industri makanan dan minuman pasti akan memilih untuk bekerjasama dengan rakan kongsi yang dapat menjamin usaha penghantaran perbatuan terakhir (last mile) mereka tanpa perlu bimbang bahawa ia akan menjejaskan integriti halal makanan atau jenama mereka.

’bekal by foodpanda’ dapat memberikan jaminan kepada pelanggan dan vendor sebagai satu-satunya syarikat penghantaran makanan yang disahkan Halal oleh JAKIM.

Pengarah Vertikal Baharu foodpanda Malaysia, Afzan Lutfi.

‘bekal by foodpanda’ dikendalikan oleh by DHE Logistics Sdn Bhd ketika ini beroperasi di Putrajaya tetapi dengan rancangan untuk berkembang secara beransur-ansur ke seluruh negara bagi membawakan lebih kepuasan pelanggan untuk perkhidmatan penghantaran makanan halal, selamat dan berkualiti.


Permulaan Inisiatif ‘bekal by foodpanda’

Untuk rekod, ‘bekal by foodpanda’ telah membuat kemunculannya semasa penganjuran Selhac 2023 di WTC baru-baru ini apabila pasukan ‘bekal by foodpanda’ memperkenalkan inisiatif itu kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ketika beliau singgah di gerai pameran ‘bekal by foodpanda’ selepas merasmikan konvensyen tersebut.

Ketua Perhubungan Kerajaan foodpanda Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal ‘bekal by foodpanda’, Amri Sham, turut bercakap di Selhac 2023 bagi menerangkan lebih lanjut mengenai penawaran lain oleh syarikat itu dalam sektor halal, selain penghantaran daripada vendor yang disahkan halal.

Dengan pensijilan halal ini, ‘bekal by foodpanda’ juga boleh berfungsi sebagai saluran untuk insentif kerajaan dan menyokong perkembangan ekosistem vendor halal. Untuk masa depan, syarikat merancang untuk memberikan latihan dan bimbingan kepada vendor makanan dan minuman dalam usaha mereka untuk disahkan halal.

Ketua Perhubungan Kerajaan foodpanda Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal ‘bekal by foodpanda’, Amri Sham.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh KLIK SINI.

BACA JUGA: Minuman ‘Bundaberg’ Halal Ke?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd