Now Reading
Minuman ‘Bundaberg’ Halal Ke?

Minuman ‘Bundaberg’ Halal Ke?

Kesemua minuman Bundaberg mengandungi paras alkohol kurang daripada 0.5%, seperti yang dinyatakan di laman web mereka.

bundaberg halal atau tak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Apabila membahaskan tentang makanan dan minuman, perkara yang paling penting untuk diperhatikan ialah perbezaan antara produk yang mempunyai logo halal diperakui dan juga status halal makanan dan minuman yang diambil.

Hanya kerana sesuatu produk itu tidak disahkan halal oleh agensi penguatkuasaan terlibat, tidak bermakna ianya jatuh haram.

Sebagai contoh, nasi lemak yang dijual oleh Mak Jah di tepi jalan dari rumah anda jelas tidak mempunyai sijil halal tetapi itu tidak menjadikan makanannya haram.

Jadi bagaimana pula dengan minuman berjenama Bundaberg? Minuman ini tidak dinafikan telah menjadi kegemaran ramai setelah sekian lama, walau bagaimanapun baru-baru ini tercetusnya perdebatan di media sosial mengenai status halal minuman ini.

Sumber: Siti Murni/TRP

Untuk rekod, pensijilan halal adalah satu aspek penting untuk dipertimbangkan, terutamanya di negara majoriti Islam seperti Malaysia.

Bundaberg, iaitu minuman yang berasal dari Australia merupakan perniagaan milik keluarga yang khusus dalam minuman ringan premium buatan kraf.

Beberapa perisa terlaris mereka termasuk Lemonade Tradisional, Grapefruit Merah Jambu, dan Jambu Batu serta Rutbir sering menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Mendalami lebih dalam ke dalam laman web rasmi Bundaberg sendiri, di bawah bahagian soalan lazim mereka dinyatakan bahawa minuman itu mempunyai kandungan alkohol yang sedikit.

Proses pembuatan kami menggunakan yis semulajadi yang memakan gula dan menapai ‘brew’ untuk digunakan sebagai asas untuk minuman kami. Alkohol adalah hasil sampingan daripada proses penapaian ini. Sebelum kami mengisi produk ke dalam botol, kami memanaskan minuman hingga melebihi 70 darjah Celsius untuk membunuh yis, menghentikan proses penapaian dan mengeluarkan alkohol. Selepas proses pemanasan ini semua produk kami mempunyai tahap sisa alkohol kurang daripada 0.5%.

Bundaberg.

Sebelum ini, Bundaberg juga pernah menyatakan bahawa produk mereka tidak mendapat sijil Halal atau Kosher kerana jumlah permintaan yang sedikit.

Sumber: Siti Murni/TRP

Tweet tular oleh pengguna Twitter @jnmalaysia menunjukkan gambar produk Bundaberg dilabel sebagai tidak halal di sebuah pasar raya yang tidak dikenali sehingga menimbulkan perbalahan hangat di kalangan netizen.

Walau bagaimanapun, segelintir berpendapat bahawa tidak semua minuman yang dibancuh mengandungi alkohol. Ada juga individu menjelaskan bahawa Islam membenarkan sebarang etanol yang dihasilkan melalui penapaian semula jadi dan kurang daripada 1% sebagai agen pengawet dan status halalnya dibenarkan.

BACA LANJUT: Irsyad Al-Fatwa Series 290: The Ruling Of Food Coloring Containing 20% Alcohol

Peratusan alkohol minuman ini dibenarkan dalam Islam. Ia seperti tapai (hidangan nasi yang ditapai) juga.

Pengguna Twitter @hemimeai.

Pengguna Twitter @H_Bakkaniy pula memaklumkan bahawa pasar raya terbabit melabelkannya sebagai tidak halal kerana Bundaberg tidak mempunyai pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan juga tidak diiktiraf oleh mereka.

bundaberg halal atau tidak

Dari segi kandungannya, sekiranya ia tidak diperbuat dengan kaedah pembuatan arak atau tidak dihasilkan di kilang yang mengeluarkan arak dan bebas alkohol maka ia boleh dikira halal untuk dimakan walaupun tiada pensijilan halal.

Pengguna Twitter @H_Bakkaniy.

Walau apa pun, adalah penting untuk sentiasa menyemak setiap kandungan daripada mana-mana minuman atau makanan sebelum anda mengambilnya dan cakna dengan kehadiran bahan tidak halal.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd