Now Reading
[Video] Pemandu Kereta Kenari Guna Taktik Licik Elak Bayar Tol RM2, Selit Celah Bukaan Palang

[Video] Pemandu Kereta Kenari Guna Taktik Licik Elak Bayar Tol RM2, Selit Celah Bukaan Palang

Disebabkan Kenari itu bersaiz agak kecil, jadi pemandu terbabit menyelit di celah bukaan palang untuk mengelak pembayaran tol RM2.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun pelbagai undang-undang telah ditetapkan, tetapi masih wujud segelintir individu yang akan melakukan pelbagai perkara untuk culas membayar tol di jalan raya.

Sikap berkenaan membuatkan sesetengah pemandu berlakukuan tidak beradab seperti menghina dan mengugut pekerja tol seperti mana yang berlaku sebelum ini di Plaza Tol Segambut, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE).

Baca Artikel Berkaitan: Didakwa Hina & Ugut Pekerja Tol, Polis Kesan Pemandu Honda

Bukan itu sahaja, ada juga pemandu yang dipercayai pernah mematahkan palang tol kerana bengang kad Touch ‘n Go miliknya tidak mempunyai baki mencukupi ketika melalui Plaza Tol di Bandar Sunway.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Patahkan Palang Tol Di Sunway Sebab Kad Touch ‘n Go Tak Cukup Baki


Pemandu Kenari Sanggup Menyelit Celah Palang Tol

Menerusi rakaman kamera dashcam dari sebuah kamera yang dimuat naik oleh pengguna Facebook (Francis Yirdaki CT), individu ini telah mendedahkan aksi tidak beradab yang dilakukan oleh seorang pemandu Perodua Kenari berwarna merah di plaza tol.

Dalam video terbabit, kereta Kenari tersebut dilihat memasuki lorong Radio Frequency Identification (RFID) sebelum memberhentikan kenderaannya.

Sumber: Facebook

Pada mulanya, pemilik video yang juga kereta dibelakang Kenari menyangka mesin RFID tidak dapat mengesan kereta berkenaan kerana dia dilihat mengundurkan kenderaan secara tiba-tiba.

Tetapi rupa-rupanya ada sebab lain pemandu itu mengundurkan keretanya.

Disebabkan kenderannya bersaiz agak kecil, jadi pemandu terbabit cuba untuk melepaskan diri daripada membayar tol dengan cara menyelit keluar di celahan palang tol.

Kalau anda tengok, palang tol berkenaan mempunyai ruang kosong di bahagian tengah.

Selepas sahaja Kenari itu berjaya melepaskan diri, kedengaran suara pemilik video yang terkejut melihat apa yang terjadi.


Netizen Pun Terkejut Lihat Kelicikan Pemandu Kenari Itu

Di ruangan komen video itu menunjukkan pelbagai reaksi dari netizen selepas menonton rakaman kamera dashcam tersebut.

Ada juga netizen yang bertanya bagaimana keadaan kereta berkenaan jika ingin melepasi tol-tol yang lain sekiranya dia tidak membayar tol yang dilalui di DUKE.

Malah, beberapa netizen juga sempat bergurau kononnya mereka mahu menukar kenderaan kepada kereta jenis Perodua Kenari pula selepas melihat kelicikan pemandu terbabit menyelinap keluar dicelah palang tol.

Sementara itu, segelintir netizen pula menumpu kepada bunyi muzik di dalam kereta yang merakan video tersebut yang dikatakn seiring dengan keadaan yang berlaku.

“Klimaks muzik memang on point betul,” kata netizen.

Sumber: Facebook

Beberapa Kes Pemandu Di Malaysia Enggan Bayar Tol

Sebelum ini, pihak PROLINTAS di Lebuhraya AKLEH pernah membuat operasi bagi mengesan pemandu yang enggan membayar tol dengan cara ‘tailgate’ bersama kereta hadapannya.

Hasil operasi di Plaza Tol Datuk Keramat pada 27 September lalu telah berjaya menangkap seorang pemandu Proton X50 yang mempunyai tunggakan tol sehingga RM57.50.

BACA JUGA: Pemandu Proton X50 Ditahan Ketika Operasi, ‘Kantoi’ Tak Bayar Tol RM57.50

PROTON X50 taka bayar tol
Sumber: Twitter/@AKLEHtrafik

Selain itu, sebuah kenderaan mewah jenis Mercedes-Benz A-Class juga pernah ditahan oleh PROLINTAS di Lebuhraya Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH) selepas dikesan mempunyai tunggakan tol sebanyak RM275.65.

Difahamkan, pemandu Mercedes berkenaan sudah 45 kali mengelat untuk membayar tol.

Baca Artikel Berkaitan: Elak Bayar Tol 45 Kali, Pemandu Kereta Mewah Ditahan Pihak PROLINTAS


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd