Now Reading
[Video] Pelanggan Jumpa Lintah Hidup ‘Berenang’ Dalam Kuah Sup. Loya Tekak!

[Video] Pelanggan Jumpa Lintah Hidup ‘Berenang’ Dalam Kuah Sup. Loya Tekak!

Pelanggan yang menjumpai lintah hidup di dalam kuah juadahnya itu enggan mendedahkan lokasi kedai makan tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Aspek kebersihan semakin menjadi keutamaan ramai pelanggan sebelum mereka memilih untuk makan di lokasi tersebut selepas berlakunya beberapa insiden orang ramai terjumpa sesuatu yang meloyakan tekak dalam hidangan.

Sebelum ini pernah ada kes di mana seorang pelanggan terjumpa mata kail dalam lauk kari kepala ikan.

Siapa tak terkejut nampak objek tajam dalam hidangan kita kan? Bahaya kalau tercucuk mana-mana bahagian mulut kerana boleh menyebabkan kecederaan serius.

BACA JUGA: Terjumpa Mata Kail Dalam Lauk Kari Ikan, Restoran Bagi ‘Refund’ 60 Sen Je!

Pelanggan Jumpa Lintah Hidup Dalam Kuah Sup

Kejadian hampir sama sekali lagi berlaku selepas seorang pelanggan ini memuat naik satu video di akaun TikTok miliknya (@Meayrolir) yang agak meloyakan tekak orang ramai.

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan agak terkejut selepas dia ternampak seekor lintah yang masih hidup di dalam kuah makanannya selepas selesai menghabiskan juadahnya.

Memang anda boleh lihat dengan jelas lintah itu masih bergerak-gerak dengan mudah dalam mi sup itu. Kita yang tengok pun kembang tekak oi!

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak mendedahkan lokasi sebenar kejadian tersebut.

Video berkenaan mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 631,600 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@_ichii21/video/7149860594038967578?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Ada Yang Mendakwa Lintah Itu Datang Dari Sayur Kangkung

Menjengah ke ruangan komen, boleh dikatakan rata-rata pengguna media sosial juga loya melihat kelibat lintah hidup dalam hidangan mi sup itu.

Malah ada juga yang mendakwa mungkin lintah itu datang dari sayur kangkung di dalam hidangan tersebut. Sampai ada yang ‘trauma’ nak makan sayur kangkung dan mi celup selepas ini.

Ramai yang bersyukur pemuda itu tidak termakan lintah tersebut.

Katanya sebelum ini pernah ada kes orang meninggal dunia selepas bertindak memakan lintah. Bahaya!

Risau pula ada kes macam ini. Memang lepas ini automatik gaul dulu kuah banyak kali sebelum makan.


Laporkan Kepada JKN Jika Peniaga Tak Patuhi Etika

Orang ramai dinasihatkan untuk segera membuat aduan kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) jika ada peniaga yang menjual juadah tanpa mematuhi etika penyediaan serta penjualan makanan dengan selamat.

Aduan boleh dilakukan melalui laman web Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) Kementerian Kesihatan atau berjumpa terus pegawai bertugas di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

BACA JUGA: JKN Perak Siasat Kes Gumpalan Rambut Dalam Kuih Limas Dibeli Di Bazar Ramadan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd