Now Reading
JKN Perak Siasat Kes Gumpalan Rambut Dalam Kuih Limas Dibeli Di Bazar Ramadan

JKN Perak Siasat Kes Gumpalan Rambut Dalam Kuih Limas Dibeli Di Bazar Ramadan

Kuih Limas yang tercemar dengan gumpalan rambut itu disimpan oleh pengadu sebagai bukti untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tular di media sosial apabila satu gumpalan rambut dijumpai di dalam kuih limas yang didakwa dibeli oleh seorang pelanggan di sebuah bazar Ramadan di Teluk Intan, Perak.

Susulan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin memaklumkan pengadu yang merupakan pelanggan tersebut sudah dikesan dan diminta untuk tampil ke Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak bagi membuat aduan secara rasmi.

Menurutnya lagi, kes tersebut sedang disiasat oleh pihak mereka bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang lagi kerana risau boleh membahayakan kesihatan orang ramai.

Kuih limas yang tercemar dengan gumpalan rambut itu disimpan oleh pengadu dan sudah diserahkan kepada pihak pegawai penyiasat Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak untuk siasatan lanjut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan Akta Makanan 1983 (Akta 281).

Sumber: Facebook VIRAL PERAK

Laporkan kepada JKN jika peniaga tak patuhi etika

Dalam pada masa yang sama, Mohd Akmal turut menasihatkan orang ramai supaya segera membuat aduan kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) jika ada peniaga yang menjual juadah tanpa mematuhi etika penyediaan serta penjualan makanan dengan selamat.

Aduan boleh dilakukan melalui laman web Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) Kementerian Kesihatan atau berjumpa terus pegawai bertugas di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

Anda juga boleh menghantar aduan secara atas talian menerusi e-mel jknperak@moh.gov.my.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd