Now Reading
Terjumpa Mata Kail Dalam Lauk Kari Ikan, Restoran Bagi ‘Refund’ 60 Sen Je!

Terjumpa Mata Kail Dalam Lauk Kari Ikan, Restoran Bagi ‘Refund’ 60 Sen Je!

Bila pelanggan tanya tentang mata kail yang dijumpai dalam lauk kari kepala ikan itu, pengurus restoran memberitahu ianya adalah salah pengedar.

terjumpa mata kail dalam lauk kari kepala ikan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tak kisahlah sedap macam mana pun sesuatu hidangan itu, kalau restoran mereka tidak menjaga kebersihan, memang ‘out’ terus!

Sebelum ini pernah terjadi kes di mana seorang pelanggan terjumpa gumpalan rambut dalam kuih limas yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di Perak.

Berikutan itu, pelanggan berkenaan tampil membuat aduan secara rasmi di Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak.

BACA JUGA: JKN Perak Siasat Kes Gumpalan Rambut Dalam Kuih Limas Dibeli Di Bazar Ramadan

Mata kail dalam lauk kari kepala ikan

Situasi hampir sama berulang lagi apabila seorang pelanggan membuat aduan bahawa dia terjumpa mata kail ketika menikmati lauk kari kepala ikan bersama ahli keluarganya.

Tidak pasti bagaimana alat tajam itu ditemui tetapi mujur tiada ahli keluarga mereka yang tercedera ketika makan lauk berkenaan.

Siapa tak terkejut bila ternampak mata kail dalam lauk di restoran kan? Bengang dengan apa yang dijumpai, pelanggan tersebut terus memanggil pengurus restoran untuk membuat laporan.

Sumber: Facebook/Lemon Muii

Pengurus cakap itu salah pengedar, bukan restoran

Namun reaksi pengurus restoran membuatkan keadaan menjadi lebih tegang apabila respon yang diberi tidak meyakinkan.

Kecuaian yang berlaku seolah-olah bertukar pihak apabila salah seorang pelayan restoran itu mengatakan bahawa kesilapan berkenaan berpunca daripada pekerja dapur.

Bila ditanya kepada pengurus pula, katanya kecuaian tersebut salah pihak pengedar ikan ke restoran mereka.

Mula-mula cakap salah pekerja dapur. Kemudian pengurus pula cakap salah pengedar. Nasib baik ayah saya tak tercekik makan mata kail tersebut. Macam mana kalau mata kail itu berada dalam hidangan pelanggan lain selepas ini?

Pelanggan.

Walau bagaimanapun, pengurus restoran berkenaan memohon maaf kepada keluarga mereka dan memberi diskaun bayaran dengan hanya berjumlah RM0.60 sen sahaja.

Sumber: Facebook/Lemon Muii

Kalau betul salah pengedar, sebagai tukang masak kenalah semak dahulu kebersihan serta keselamatan bahan masakan sebelum dihidangkan kepada para pelanggan.

Buatnya yang termakan itu budak kecil, tak ke lagi bahaya? Jadi sebelum anda menikmati hidangan di restoran, semak dulu kalau ada apa-apa barangan yang tidak sepatutnya dijumpai dalam makanan atau minuman.

Laporkan kepada JKN jika peniaga tak patuhi etika

Orang ramai dinasihatkan untuk segera membuat aduan kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) jika ada peniaga yang menjual juadah tanpa mematuhi etika penyediaan serta penjualan makanan dengan selamat.

Aduan boleh dilakukan melalui laman web Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) Kementerian Kesihatan atau berjumpa terus pegawai bertugas di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd