Now Reading
Kembang Tekak! Peniaga Ayam Percik Dikatakan Letak Sos Dalam Tong Sampah

Kembang Tekak! Peniaga Ayam Percik Dikatakan Letak Sos Dalam Tong Sampah

Peniaga ayam percik di bazar Ramadan Bayan Lepas, Pulau Pinang itu dipercayai mencelupkan makanan di dalam bekas tong sampah berisi sos sebelum dipanggang.

Peniaga Ayam Percik Letak Sos Dalam Tong Sampah, Ramai Yang 'Kembang Tekak'

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak akhir-akhir ini, ramai pelanggan bazar Ramadan meluahkan rasa kecewa selepas hidangan yang dibeli untuk juadah berbuka tidak menepati citarasa.

Contohnya seperti hidangan roti john dengan sos agak sedikit, lapisan murtabak yang dijual hangus dan juga bungkusan minuman terlalu banyak ais sehingga dikenakan caj tambahan jika mahu mengurangkannya.

Lebih mengejutkan lagi, ada peniaga yang menjual karipap dengan inti berlendir dan berkulat. Loya tekak!

BACA JUGA: “Karipap Sampah!” – Wanita Ini Luah Rasa Kesal Karipap Dijual Pakej Dengan Inti Berlendir & Berkulat

BACA JUGA: Pelanggan Kecewa Peniaga Air Di Bazar Ramadan Caj RM3 Jika Kurangkan Ais


Peniaga Bazar Ramadan Dikatakan Letak Sos Ayam Percik Dalam Tong Isi Sampah

Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok (@halalfoodie) telah tular di media sosial selepas mereka menunjukkan penyediaan hidangan ayam percik di sebuah bazar Ramadan sekitar Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Menerusi video tersebut, peniaga itu dipercayai meletakkan sos ayam percik yang dijual di dalam sebuah bekas besar yang kebiasaanya diisi dengan sampah.

Ayam percik yang dijual itu akan dicelup ke dalam bekas tong sampah berisi sos sebelum dipanggang dan siap dimasak.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 888,900 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@halalfoodie/video/7217754341896162566

Cara Penyediaan Ayam Percik Guna Tong Sampah Terima Pelbagai Reaksi Dari Netizen

Di ruangan komen video tersebut, segelintir netizen meluahkan rasa loya selepas melihat cara penyediaan ayam percik itu yang dikatakan menggunakan bekas tong sampah untuk mengisi sos mereka.

Sementara itu, ada juga netizen yang memberi pendapat bahawa penggunaan tong itu tidak salah tetapi perlulah dilapik menggunakan alas dan tidak boleh diletakkan begitu sahaja di atas jalan tar.

Mereka berpendapat bahawa makanan tidak boleh diletakkan secara terus di atas tanah meskipun diisi di dalam bekas.

Sesetengah netizen pula mendakwa bekas yang digunakan oleh peniaga itu bukannya tong sampah tetapi tong serbaguna yang juga boleh diletakkan barangan lain seperti beras.

Malah, mereka memberi cadangan agar peniaga tersebut menggunakan tong yang digunakan untuk mengisi nasi sebagai pengganti supaya penyediaan hidangan itu nampak lebih berkualiti.

Sebagai peniaga, lebih baik sekiranya anda mengambil kursus pengurusan makanan terlebih dahulu untuk mengetahui cara penyediaan yang terbaik kepada para pelanggan.

Bila pelanggan puas hati, peniaga pun untung.


Pengguna Boleh Buat Aduan Jika Ada Peniaga Menjual Makanan Rosak

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pasar raya yang menjual buah-buahan dan sayur-sayuran busuk boleh disabitkan kesalahan dan didenda tidak RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Malah, Tan Sri Datuk Noor Hisham Abdullah, selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia beberapa hari lalu juga telah mengeluarkan kenyataan media tentang nasihat keselamatan makanan bersempena dengan bulan Ramadan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang isu keselamatan makanan, boleh salurkan persoalan kepada pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat, menggunakan Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). atau boleh juga dengan klik LINK INI.

BACA JUGA: Kod QR, Letak Tanda Harga & 3 Lagi Tips Untuk Peniaga Di Bazar Ramadan Nanti


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd