Now Reading
[Video] Bapa & Anak Di India Jatuh Sakit Lepas Termakan Samosa Berinti Cicak

[Video] Bapa & Anak Di India Jatuh Sakit Lepas Termakan Samosa Berinti Cicak

Menerusi video tersebut, mereka turut menunjukkan cicak yang sudah mati di dalam samosa berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Isu makanan tercemar sehingga menyebabkan berlaku keracunan makanan tidak hanya berlaku di negara kita sahaja.

Tetapi ia turut berlaku di luar negara. Oleh itu, setiap peniaga yang menjual makanan digalakkan untuk mengahdiri kursus pengendalian makanan.

Ia bertujuan untuk memberi

Ia bertujuan untuk memberi pendedahan dan mengajar peniaga untuk mengendali makanan dengan cara yang baik, bersih dengan kualiti yang terjamin.

Ini kerana pengendalian makanan yang betul dapat membantu mengelakkan daripada berlakunya keracunan makanan yang boleh menyebabkan seseorang berasa mual, muntah, sakit perut dan sebagainya.

Anak perempuan jumpa bangkai cicak dalam samosa

Perkara sama turut berlaku kepada pasangan bapa dan anak perempuannya di India apabila jatuh sakit selepas termakan cicak dalam samosa.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di Uttar Pradesh selepas mereka membeli kuih berkenaan di sebuah kedai.

Menurut bapa yang dikenali sebagai Manoj Kumar, dia telah meminta anak lelakinya untuk membeli samosa daripada sebuah kedai manisan tempatan.

Rasa kenyal ketika makan samosa

Namun sebaik anak perempuannya memakan kuih tersebut dia mula merasakan terdapat sesuatu yang kenyal di mulutnya bersama dengan isi kentang berkenaan.

Gadis itu kemudian menjumpai seekor cicak yang telah mati berada dalam samosanya.

Dia lalu segera menunjukkan penemuannya itu kepada si bapa. Namun bapanya sebelum itu sudah memakan beberapa biji daripada samosa tersebut.

Tidak lama kemudian mula berasa tidak sedap badan lalu cuba untuk muntah.

Menerusi satu video yang tular di media sosial turut kelihatan Manoj cuba untuk meludahkan makanan yang telah dimakan di tepi jalan.

Malah dia turut menunjukkan seekor cicak yang telah mati berada di dalam samosa berkenaan, lapor Arynews.

Bawa polis dan pegawai jabatan makanan ke kedai samosa

Manoj kemudian telah membawa polis India serta pegawai dari jabatan makanan ke kedai terbabit. Namun penjaga kedai itu cuba membela diri apabila menafikan terdapatnya cicak di dalam samosa berkenaan.

Peniaga itu mengatakan dia menyumbat kentang dalam samosa dengan menggunakan tangan maka mustahil untuk perkara seperti itu berlaku.

Anak perempuan yang berusia 13 tahun itu dilaporkan telah dimasukkan ke hospital selepas mengadu mengalami rasa mual dan muntah.

Walau bagaimanapun, keadaannya ketika ini dilaporkan stabil.

Manoj kumar kemudian membuat laporan dan menyatakan sama ada pihak polis atau jabatan makanan akan mengambil tindakan terhadap peniaga tepi jalan itu.

Polis dalam pada itu memaklumkan kes tersebut telah didaftarkan dan kini sedang dalam siasatan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd