Now Reading
‘Guard’ Terima Anugerah Dari YDPA Kerana Sering Bantu Pelawat Di Hospital

‘Guard’ Terima Anugerah Dari YDPA Kerana Sering Bantu Pelawat Di Hospital

Pengawal keselamatan wanita di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh telah tersenarai sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sikap berbudi bahasa dan menyantuni penduduk tempatan amatlah digalakkan lebih-lebih apabila rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Terharu Lihat Pakcik Baik Hati Beri Angpau & Minuman Kepada Rider Walaupun Salah Alamat

Apabila anda menerapkan sikap suka tolong-menolong, mana tahu kebaikan itu akan berbalik semula kepada diri sendiri.

Itulah yang berlaku kepada seorang pengawal keselamatan di hospital apabila sikap terpuji membantu orang lain telah membuahkan hasil.


Pengawal Keselamatan Antara Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Dari YDPA

Baru-baru ini, seorang pengawal keselamatan R Yogeswary, 44, telah berkongsi berita menggembirakan di laman Facebook semalam (5 Disember) apabila dia tersenarai sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 19 Disember akan datang.

Tidak sangka dengan rezeki diterima, pengawal keselamatan yang berkhidmat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh itu telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai serta pihak pengurusan hospital atas sokongan selama ini.

“Terima kasih aunty ucapkan pada anda semua dan tak lupa pada syarikat saya, United, unit keselamatan, ahli keluarga, rakan-rakan di Facebook dan pegawai atasan HRPB,” ujarnya.

Sumber: Facebook Yoges Wary

Yogeswary Selalu Bantu Pelawat Hospital

Jelas Yogeswary, komen-komen positif yang diterima daripada orang ramai khususnya para pelawat hospital telah menjadi penyebab kepada penerimaan anugerah berkenaan.

Terdahulu, wanita tersebut pernah tular di media sosial apabila dia dilihat membantu pelawat Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi (KWKK) HRPB sehingga telah meraih perhatian Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Dalam video yang pernah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Yogeswary telah memudahkan urusan seorang wanita dengan membantu meletakkan keretanya di kawasan hospital.

Malah, wanita itu turut menghulurkan bantuan dengan membukakan pintu kereta, mengangkat barang, menjaga lalu lintas di parkir serta menenangkan pesakit yang cemas.

Sumber: TikTok (@tashaaziz96)

Yogeswary Akan Sentiasa Berbakti Kepada Pelawat Hospital

Atas jasa dan komitmen yang tidak terhingga, Yogeswary kini ditugaskan untuk membantu warga emas serta orang kurang upaya (OKU) demi mengawal keselamatan di Kompleks Rawatan Harian HRPB.

“Rasa syukur, gembira dan terharu bercampur baur membuatkan saya menitiskan air mata. Saya tak sangka, khidmat kecil saya dihargai seluruh negara.

“Sudah tentu penganugerahan ini melonjakkan semangat saya untuk terus mencurahkan bakti kepada masyarakat,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Bukan itu sahaja, Yogeswary turut meluahkan hasratnya untuk sentiasa berbakti kepada pengunjung hospital tidak kira kaum, agama dan bangsa selagi tubuh badannya masih sihat.


Netizen Ucapkan Tahniah Atas Anugerah Yang Bakal Diterima Oleh Yogeswary

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah meraikan kejayaan pengawal keselamatan itu dengan mengucapkan tahniah.

“Tahniah. Keep up the good work. Terima kasih kerana banyak membantu,” ujar seorang lelaki.

Ada juga pelawat di hospital sebelum ini telah mendoakan kesejahteraan Yogeswary kerana bersikap baik hati terhadap dirinya.

“Aunty yang sangat baik. Saya kenal aunty sebab pernah datang hospital masa anak saya sakit. Semoga aunty sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan,” jelas seorang pengguna laman Facebook.

Sumber: Facebook Yoges Wary

Baca Artikel Berkaitan: “Pertama Kali Dalam 8 Tahun” – Pengawal Keselamatan Warga Asing Sebak Pekerja Pejabat Buat Kejutan ‘Birthday’

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Uncle Baik” – Ramai Sebak Lihat Para Murid Cium Tangan & Beri Hadiah Pada Pak Guard Di Majlis Perpisahan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd