Now Reading
[Video] Netizen Terharu Lihat Pakcik Baik Hati Beri Angpau & Minuman Kepada Rider Walaupun Salah Alamat

[Video] Netizen Terharu Lihat Pakcik Baik Hati Beri Angpau & Minuman Kepada Rider Walaupun Salah Alamat

Uncle itu telah menghulurkan sampul duit raya dan tin minuman kepada rider Grab walaupun tiba di alamat rumah yang salah semasa sambutan Hari Deepavali.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari Deepavali merupakan sambutan perayaan ditunggu-tunggu buat masyarakat di Malaysia yang menganut agama Hindu, Sikh, Jain dan sebagainya.

Lazimnya, perayaan yang dikenali sebagai Pesta Cahaya ini akan disambut bersama keluarga, sahabat dan mungkin juga jiran-jiran.

Namun, sama seperti perayaan-perayaan besar lain, ada juga yang menjadikan perayaan Deepavali sebagai peluang untuk mengeratkan hubungan atau berkenalan dengan orang baru khususnya tetamu yang berkunjung ke rumah.


Pakcik Beri Angpau & Minuman Kepada Rider Grab Walaupun Salah Alamat

Baru-baru ini, tular satu klip video di laman TikTok (@vimal_rajasingam) menunjukkan sikap budi pekerti seorang pakcik berbangsa India terhadap seorang penghantar makanan.

Menerusi video berdurasi 18 saat itu, pakcik berkenaan yang juga ayah kepada pemilik akaun TikTok iaitu Vimal telah menghulurkan sampul duit raya bersama satu tin minuman kepada seorang rider Grab.

Menurut sumber World of Buzz, rider Grab itu telah tiba di alamat yang salah sekitar kawasan rumah di Taman Beryam Jaya, Melaka ketika sambutan perayaan Deepavali.

“Walaupun rider Grab itu sampai ke alamat yang salah (rumah saya), ayah masih menawarkan dia minum dan memberi angpau Deepavali,” ujar Vimal.

Menurut si anak, ayahnya berkata bahawa “Pupuklah kebaikan dan kasih sayang pada perayaan ini.”

Bukan itu sahaja, anak perempuan kepada pakcik itu telah meninggalkan satu komen berkata ayahnya sentiasa bermurah hati kepada orang ramai.

Walaupun diberitahu bahawa angpau sudah mencukupi, namun ayahnya masih mahu memberikan minuman kerana menyangka rider Grab itu kepenatan bekerja hingga lewat malam iaitu jam 11pm.

@vimal_rajasingam

Abang grab pun dapat Angpaw! Even though the Grab rider reached the wrong address (my house), my dad still offered him a drink and gave him a Deepavali Angpaw. In the end, he said, ‘Embrace kindness and love on this festival.’ ❤️ #malaysia#satumalaysia#grabfood#malaysiagrab#2023#melaka#trending#fyp #deepavali#deepavali2023#diwali

♬ Beautiful People (feat. Khalid) – Ed Sheeran

Netizen Puji Uncle Beri Angpau & Minuman Kepada Penghantar Makanan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai telah memuji sikap pakcik yang dilihat tidak berkira untuk memberikan angpau dan minuman walaupun rider itu tersilap alamat.

“Itu adalah cara terbaik untuk sambut sesuatu festival dan respect kepada manusia. Terima kasih uncle,” ujar seorang netizen.

Warganet dalam masa sama telah menitipkan doa kepada pakcik yang baik hati itu.

“Ini adalah contoh terbaik terhadap masyarakat kita. Semoga Tuhan memberkati kamu sentiasa pakcik,” jelas seorang pengguna TikTok.

Bukan itu sahaja, seorang individu telah meminta orang ramai untuk sentiasa menghargai jasa penghantar makanan yang telah banyak menolong masyarakat setempat.

“Sentiasa berbuat baik kepada rider dan sentiasa hargai kerja mereka,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@vimal_rajasingam)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ibu Terharu Lihat Murid Baik Hati Bantu Anaknya Angkat Beg Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pekerja Warga Asing Baik Hati Tolong Cari ‘AirPods’ Jatuh Dalam Longkang

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Tahan Lapar..” – Peniaga Nasi Lemak ‘Offer’ Makanan Percuma Untuk Pelajar Yang Tak Cukup Duit Belanja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd