Now Reading
[Video] Ibu Terharu Lihat Murid Baik Hati Bantu Anaknya Angkat Beg Sekolah

[Video] Ibu Terharu Lihat Murid Baik Hati Bantu Anaknya Angkat Beg Sekolah

Kesian pula tengok murid sekolah terpaksa galas beg berat pergi sekolah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kebanyakan sekolah masih menggunakan buku sebagai bahan pembelajaran mereka ketika kelas fizikal di sekolah.

Jadi, ada sesetengah murid seperti tahun satu dan dua terpaksa menggalas beg berat gara-gara membawa jumlah buku yang banyak. Satu subjek pula bukan satu buku, kadang kala ada tiga ke empat buku yang perlu dibawa.

Beg dah cukup berat, selepas itu kelas pula terletak di tingkat yang agak tinggi.

Kita yang tengok pun kesian.

BACA JUGA: Guru Beri Cadangan Letak Bilik Darjah Tahun 1 & 2 Di Tingkat Bawah

Kawan sama-sama tolong angkat beg

Ibu bapa yang tengok anak-anak terpaksa bawa beg berat ke sekolah mesti susah hati. Bak kata pepatah, berat mata memandang tetapi berat lagi bahu yang memikul.

Baru-baru ini, seorang wanita memuat naik video di TikTok @wanie811 menunjukkan kebaikan seorang murid lelaki yang hampir setiap hari membantu anaknya mengangkat beg menuruni tangga sekolah.

Kanak-kanak dikenali sebagai Rayyan itu dipercayai rakan kepada anaknya.

Walaupun, Rayyan juga menggalas beg di bahu serta memegang satu lagi beg di sebelah tangan, tetapi dia dilihat prihatin untuk menolong rakannya mengangkat beg sekolah yang berat itu.

Di ruangan kapsyen, wanita ini mengucapkan terima kasih dan mendoakan kejayaan kanak-kanak itu kerana membantu anaknya di sekolah.

https://www.tiktok.com/@wanie811/video/7057480518954126618?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8bG7gOoEgTOzywqBouBFIPa05KaiKAHG3UIKSd6jG3td7f5vQ43%2BC6Bs51he9a%2BeHcz6KJTu6n%2FgcfmZXGgA%3D&language=en&mid=6895991183609318146&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAa_hh6v7G2oCusF2n192FK6rrtp67ajV1mHThZtwputHJGlitL8ZaFUTGoHq8XHNJ&share_app_id=1180&share_item_id=7057480518954126618&share_link_id=979f62ed-4522-418d-8ee3-86c986e75eb3&source=h5_t&timestamp=1643350603&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1

Ini baru betul namanya kawan. Saling bantu-membantu. Good job Rayyan!

Kesian tengok budak kecil bawa beg berat

Hasil tinjauan kami mendapati kebanyakan netizen turut bersimpati dengan nasib murid-murid sekolah yang terpaksa menggalas beg berat.

Lebih-lebih lagi yang berbadan kecil, alamak kita pula yang rasa nak tolong angkatkan sampai ke kelas mereka.

Ada juga netizen yang memberi cadangan supaya pihak Kementerian Pendidikan dapat membantu mengurangkan beban murid dengan menyediakan tempat menyimpan buku di sekolah.

Jadinya, tak perlu lagi nak bawa buku berat-berat ke sekolah.

Dalam masa yang sama, ramai juga memuji sikap Rayyan yang membantu rakannya mengangkat beg sekolah yang berat.

Ada kawan yang baik pun dikira rezeki juga kan?


Diharapkan pihak Kementerian Pendidikan boleh mempertimbangkan pendapat untuk mewujudkan tempat penyimpanan buku di sekolah kepada murid-murid.

Kita sebagai ibu bapa pun risau bila tengok anak-anak panjat tangga dengan beg yang berat kerana boleh menjejaskan kesihatan mereka terutamanya di bahagian tulang belakang.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd