Now Reading
Dr Amalina Bidas Kritikan Orang Ramai Tentang Status Rakyat British Untuk Anak Sulungnya

Dr Amalina Bidas Kritikan Orang Ramai Tentang Status Rakyat British Untuk Anak Sulungnya

Dr Amalina Bakri menjelaskan anaknya akan menjadi rakyat British kerana tidak dibenarkan mendapat kerakyatan Malaysia sekiranya bapa bukan warganegara Malaysia.

Dr Amalina Perjelas Sebab Pilih Kerakyatan British Untuk Anak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Dr Amalina Che Bakri merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang telah menempa nama di mata dunia selepas beberapa kejayaan yang diperolehi dalam bidang perubatan.

Dalam pada itu, pakar bedah kelahiran Malaysia ini juga telah sah bergelar isteri kepada seorang jejaka warganegara British pada 31 Mac lalu.

Lebih mengujakan lagi, Dr Amalina berusia 35 tahun itu memaklumkan menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@dramalinabakri) bahawa beliau kini sedang hamil anak pertama.

Dr Amalina pilih kerakyatan British untuk anak sulungnya

Baru-baru ini, Dr Amalina memuat naik jawapan berhubung persoalan yang diajukan oleh pengikutnya di laman Instagram beliau tentang pemilihan kerakyatan anak sulungnya.

Dalam Instagram Stories yang dimuat naik itu, Dr Amalina berkata dia akan memilih kerakyatan British untuk anaknya.

Walau bagaimanapun, jawapan diberikan oleh Dr Amalina mendapat kritikan dan pandangan serong daripada orang ramai tentang keputusan yang dibuat.

Sumber: Instagram/dramalinabakri

Dr Amalina tampil beri penjelasan

Susulan itu, Dr Amalina tampil memberi penjelasan terhadap pemilihan kewarganegaraan anaknya itu menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram beliau (@dramalinabakri).

Dr Amalina menjelaskan bahawa anak dilahirkan oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan lelaki bukan warganegara tempatan tidak dibenarkan mendapat status rakyat Malaysia.

Beliau memberitahu dia ingin anak-anaknya menjadi rakyat Malaysia tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan beberapa kekangan dari segi jarak perjalanan serta komitmen kerja.

Sudah pasti saya nak anak-anak saya menjadi warganegara Malaysia, tetapi suami saya warganegara British dan kami berdua kerja serta menetap di United Kingdom. Disebabkan komitmen saya di sini, saya tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin di sana.

Dr Amalina Che Bakri.
Sumber: Instagram/dramalinabakri

Oleh disebabkan itu, Dr Amalina membuat keputusan untuk melahirkan anaknya di United Kingdom serta memberikan kerakyatan British dan bukannya warganegara Malaysia.

Mengambil penerbangan jarak jauh dan cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk kami dan bayi. Jadi, ini adalah keputusan yang paling tepat bagi kami sekeluarga.

Dr Amalina Che Bakri.

Meskipun cahaya mata pertama akan dibesarkan di United Kingdom, anaknya masih mempunyai darah orang Melayu dan akan memupuk budaya tersebut dalam kehidupan mereka dengan cara mengajar nilai-nilai Islamik dan bahasa Melayu.

Dr Amalina berpendapat bahawa tidak kiralah di mana kita berada atau jenis pasport yang dimiliki, apa yang paling penting adalah kita menjadi manusia yang mengamalkan nilai murni dan dapat menghulurkan bantuan kepada masyarakat.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd