Now Reading
[Video] Ibu Sergah Pemandu Myvi Cuai Didakwa Guna ‘Waze’, Jadi Punca Kemalangan Di Terowong Penchala

[Video] Ibu Sergah Pemandu Myvi Cuai Didakwa Guna ‘Waze’, Jadi Punca Kemalangan Di Terowong Penchala

Seorang ibu menjerit kepada pemandu Myvi kerana merisaukan keselamatan anaknya selepas kereta Mazda CX-8 dinaiki terlibat dalam kemalangan di Terowong Penchala.

Ibu 'Mengamuk' Pemandu Myvi Didakwa Main Telefon Punca Kemalangan Di Penchala Link

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebagai pengguna jalan raya, kemalangan adalah sesuatu yang ingin dielakkan kerana boleh meragut nyawa serta keselamatan orang lain.

Baru-baru ini, tiga beranak berdepan detik cemas apabila kenderaan Mazda CX-8 berwana merah dinaiki mereka dilanggar dari arah belakang oleh sebuah Perodua Myvi yang dipandu dengan laju.

Kereta Myvi ‘hentam’ belakang Mazda CX-8 di Terowong Penchala

Memetik laporan Kosmo, kemalangan berlaku kira-kira pada jam 5.00 petang pada Sabtu lalu (30 Julai) di Terowong Penchala telah melibatkan pasangan suami isteri Arif Bashah Kamal dan Shalwiza Rahmat serta anak lelaki mereka Adam Bashah.

Ketika kejadian, wanita ini menceritakan dia terdengar bunyi sesuatu dilanggar dari belakang sebelum kereta mereka beralih ke kiri dan menghentam dinding terowong.

Cemas dengan apa yang berlaku, mereka sekeluarga saling bertanya keadaan masing-masing sekiranya ada sesiapa tercedera.

Tidak lama selepas itu, mereka segera keluar dari kereta selepas memastikan keadaan jalan raya selamat kerana bimbang jika ada perkara tidak diingini berlaku.

Ketika kejadian, kami berada di laluan tengah manakala kereta Perodua Myvi yang melanggar kami pula berada di laluan ketiga dan dipandu dengan sangat laju.

Shalwiza Rahmat berkata kepada Kosmo.

Kereta Myvi yang turut terlibat dalam kemalangan juga melanggar dinding terowong di bahagian kanan sebelum kenderaanya terbalik.

Kemalangan tersebut walau bagaimanapun berjaya dirakam oleh kamera dashcam di dalam kereta milik mangsa dan telah tular di media sosial selepas dimuat naik di TikTok (@dash_azzra).

Ibu sergah pemandu Myvi yang mendakwa dirinya menggunakan telefon untuk tujuan Waze

Kerana terlalu merisaukan keselamatan anaknya, Shalwiza keluar dari kereta dan terus menyergah pemandu Myvi itu dengan nada tinggi dan bertanya sama ada dia menggunakan telefon ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Apa yang awak buat? Awak guna telefon ke ketika memandu? Saya ada anak!

Shalwiza Rahmat.

Pemandu Myvi berkenaan mengalami bengkak di bahagian mata akibat kemalangan pula didakwa enggan bertentang mata dengan keluarga mangsa ketika berkomunikasi.

Malah pemandu wanita itu mendakwa dirinya menggunakan telefon ketika memandu untuk tujuan Waze ke destinasi yang ingin dituju.

Selepas insiden kemalangan tersebut, pihak bomba dan beberapa orang awam bantu mengalihkan kenderaan Myvi berkenaan ke tepi jalan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Wanita ini bersyukur tiada ahli keluarganya yang cedera

Shalwiza bersama suami serta anaknya juga telah melakukan pemeriksaan di sebuah hospital swasta dan laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail pada hari kejadian (30 Julai).

Shalwiza meluahkan rasa syukur kerana tiada ahli keluarganya yang terlibat dalam kemalangan itu mengalami sebarang kecederaan.

Malah, wanita ini merayu kepada orang ramai untuk meletakkan anak mereka di dalam carseat untuk tujuan keselamatan terutamanya jika berlaku kejadian sama seperti dialami oleh mereka sekeluarga.

Naluri sebagai seorang ibu mesti akan risaukan keselamatan anaknya lebih-lebih lagi jika terlibat dalam kemalangan.

Sebagai pemandu, tak salah kalau nak menggunakan aplikasi Waze untuk ke destinasi tetapi jangan lupa abaikan keselamatan para pengguna jalan raya yang lain juga.

BACA JUGA: [Video] Myvi ‘Hentam’ Kereta Axia Lepas Terbabas Ke Jalan Bertentangan Di Johor Bahru


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd