Guru Beri Cadangan Letak Bilik Darjah Tahun 1 & 2 Di Tingkat Bawah
Murid tahun satu serta dua masih kecil dan agak membebankan mereka untuk membawa beg berat ke tingkat yang tinggi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kebiasaannya, setiap sekolah akan mempunyai beberapa tingkat menempatkan bilik darjah kepada murid sekolah.
Kebanyakan sekolah masih menggunakan buku sebagai bahan pembelajaran mereka ketika kelas fizikal di sekolah.
Jadi, ada sesetengah murid seperti tahun satu dan dua terpaksa menggalas beg berat gara-gara membawa jumlah buku yang banyak. Kita yang tengok pun kesian.
Guru beri cadangan untk kurangkan beban
Oleh disebabkan itu, seorang guru dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh mengutarakan pendapatnya di laman Facebook miliknya untuk meletakkan kelas bagi murid darjah satu dan dua di tingkat bawah.
Apabila kelas mereka berada di tingkat atas dan terpaksa ‘memanjat’ bersama beg yang berat, sebenarnya boleh membebankan murid berkenaan.
Kelas Tahun Satu dan Dua patut berada di tengah bawah kerana badan mereka masih kecil untuk pikul beg yang berat menaiki tingkat atas. Agak bahaya dan memenatkan bagi mereka sebenarnya.
Guru sekolah, Mohd Fadli Salleh.
Menurutnya lagi, ini berikutan terdapat beberapa kes di mana murid-murid saling bertolakan di tangga ketika ingin pulang ke rumah sewaktu tamat sesi persekolahan.
Ramai ibu bapa setuju
Hasil tinjauan kami, kebanyakan ibu bapa bersetuju dengan pendapat guru berkenaan. Masing-masing risau tengok anak bawa beg berat dan terpaksa menaiki tingkat yang tinggi di sekolah.
Diharapkan pihak Kementerian Pendidikan boleh mempertimbangkan pendapat guru ini. Kita sebagai ibu bapa pun risau bila tengok anak-anak panjat tangga dengan beg yang berat.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.