Now Reading
[Video] Pekerja Warga Asing Baik Hati Tolong Cari ‘AirPods’ Jatuh Dalam Longkang

[Video] Pekerja Warga Asing Baik Hati Tolong Cari ‘AirPods’ Jatuh Dalam Longkang

Pekerja asing itu sanggup masuk ke dalam longkang ketika hujan lebat untuk mengambil semula AirPods yang terjatuh itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Walaupun bukan penduduk tempatan, tetapi sikap segelintir warga asing telah banyak menyentuh hati masyarakat.

Contohnya ketika banjir besar melanda Selangor pada tahun lalu, tiga orang warga Indonesia telah memberi pertolongan menggunakan bot peribadi untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di atas bumbung.

Walaupun pihak berkuasa tidak memunculkan diri ketika itu, tetapi mangsa banjir meluahkan rasa syukur bila ada warga asing yang baik hati sanggup mendayung dalam keadaan gelap pada jam 4.30 pagi.

BACA JUGA: [Video] Makcik ‘Sound’ Menteri Secara Bersemuka Lepas Gagal Bertindak Ketika Banjir

Pekerja asing jadi hero!

Baru-baru ini, seorang lagi warga asing yang bekerja di Singapura telah menyentuh hati orang ramai selepas dia dilihat sanggup tolong mendapatkan semula AirPods milik seorang wanita yang terjatuh ke dalam longkang ketika hujan lebat.

Situasi tersebut dikongsikan oleh wanita itu sendiri menerusi video dimuat naik di akaun TikTok miliknya yang berjaya meraih hampir 200,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

Wanita bernama Elaine Liu itu bercerita bahawa AirPods miliknya terjatuh ketika dia sedang menyentuh rambut semasa berbasikal.

Selepas kejadian itu, Liu meminta bantuan seorang pekerja asing dikenali sebagai Mukul di kawasan berhampiran bagi membantunya mendapatkan semula AirPods yang mengalir dalam deras air hujan di dalam longkang.

Dengan seikhlas hati, Mukul dilihat sanggup berjalan sejauh jarak dua hentian bas dalam hujan lebat semata-mata nak ikut ke mana deras itu pergi.

Tidak lama selepas itu, Mukul berjaya menjumpai semula AirPods milik Liu.

Good job Mukul!

https://www.tiktok.com/@10.lifts/video/7075258536724417794?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Terima kasih Mukul

Kebaikan dibalas dengan kebaikan.

Sebagai balasan terhadap jasa Mukul menyelamatkan semula AirPods milik Liu, wanita ini mengambil keputusan untuk memberi sedikit cenderahati iaitu air kotak minuman serta sampul berisi duit kepada pekerja tersebut.

https://www.tiktok.com/@10.lifts/video/7075614067167202562?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Walaupun digelar warga asing, tetapi itu tidak menghalang golongan ini berbuat kebaikan kepada masyarakat tempatan.

Kita tak tahu siapa yang boleh tolong kita waktu kesusahan.

Dan siapa sangka pekerja warga asing yang sering dipandang rendah oleh masyarakat akan menjadi ‘hero’ menyelamatkan kita?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd