Now Reading
Hujan Berterusan Bermula Petang Ini Di Beberapa Negeri – MET Malaysia

Hujan Berterusan Bermula Petang Ini Di Beberapa Negeri – MET Malaysia

NADMA turut memaklumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah perlu diaktifkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum mengetahui pada ketika ini beberapa negeri di Malaysia mengalami taburan hujan yang luar biasa.

Keadaan ini menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir teruk hingga menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan serta beberapa kemudahan infrastruktur seperti jalan raya terputus.

NADMA Keluar Amaran Hujan Berterusan

Terbaharu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa hujan berterusan waspada di beberapa kawasan bermula 2 petang ini hingga 27 Disember 2023.

Antara kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Terengganu (Dungun dan Kemaman)
  • Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin)
  • Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi)

JPBN & JPDB Perlu Diaktifkan Di Kawasan Terjejas

Malah, menerusi kenyataan tersebut, NADMA memaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat (JPBD) perlu diaktifkan sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko.

“Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga perlu memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian operasi yang mencukupi serta berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan,” kata mereka melalui satu kenyataan.

Malaysian Meteorological Department pada 2:00 petang, 26 Disember 2023 telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan…

Posted by Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri on Monday, 25 December 2023

Bilangan Mangsa Banjir Terus Meningkat

Berdasarkan laporan terkini status banjir yang dikeluarkan oleh NADMA, bilangan mangsa banjir bagi empat negeri yang terjejas dilihat terus meningkat.

Sebanyak 25,438 mangsa terjejas dengan satu kematian telah direkodkan. Daripada jumlah ini, Kelantan merekodkan bilangan tertinggi dengan jumlah mangsa adalah seramai 14,006 orang, diikuti dengan Terengganu sebanyak 10,643, Pahang sebanyak 785 dan Selangor seramai empat orang.

Malah, sebanyak 242 PPS telah dibuka bagi membantu mangsa yang terjejas akibat daripada bencana ini.

Foto: Laporan Terkini Kejadian Bencana Seluruh Negara

Baca Artikel Berkaitan: Mangsa Banjir Cecah 24,400 Di Pantai Timur, 240 PPS Dibuka Di 18 Daerah

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Perlu Siap Siaga Simpan Ubat-ubatan Hadapi Musim Tengkujuh


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd