Now Reading
Rakyat Malaysia Perlu Siap Siaga Simpan Ubat-ubatan Hadapi Musim Tengkujuh

Rakyat Malaysia Perlu Siap Siaga Simpan Ubat-ubatan Hadapi Musim Tengkujuh

Komuniti yang terjejas akibat banjir boleh mengunjungi mana-mana daripada 200 cawangan Alpro Pharmacy di seluruh negara untuk berurus dengan ahli farmasi dan mendapatkan butiran lanjut.

beg keselamatan banjir

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru ini mengumumkan bahawa Malaysia akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan bulan November yang membawa kepada kemungkinan banjir kilat besar di beberapa negeri.

Musim tengkujuh ini dijangka akan berlarutan sehingga awal tahun depan.

BACA JUGA: “1 Rumah, 1 Beg Kecemasan” – Ini Senarai Barang Perlu Ada Dalam Beg Bencana Banjir


Farmasi Alpro Gesa Rakyat Malaysia Ambil Langkah Berjaga-jaga Hadapi Musim Tengkujuh

Alpro Pharmacy, rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia secara proaktif ingin menyarankan beberapa langkah berjaga-jaga dari pandangan ahli farmasi komuniti untuk penduduk di kawasan yang terdedah kepada banjir.

BACA LANJUT: MetMalaysia Ramal Banjir Besar Pada Hujung November

Sebelum banjir:

  • Pantau persekitaran dengan teliti untuk mendapatkan maklumat terkini tentang  ramalan cuaca dan amaran.
  • Simpan bekalan bencana termasuk ubat-ubatan jangka panjang dan peti pertolongan cemas dalam beg kalis air sekiranya berlaku pemindahan.
  • Pesakit, terutamanya warga emas yang menghidap penyakit kronik, dinasihatkan melawat farmasi terdekat bersama dengan ubat-ubatan kronik untuk menyimpan rekod di farmasi dan sediakan senarai ubat terkini.

Pesakit yang kehilangan preskripsi salinan mereka dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan senarai ubat dinasihatkan supaya menyimpan sejarah ubat di farmasi komuniti terdekat.

Ubat-ubatan kronik, khususnya memerlukan pematuhan dan konsistensi untuk hasil kesihatan yang optimum.

Selepas banjir:

Oleh kerana sanitasi dan kebersihan yang lemah di kawasan banjir, ia boleh menjadi pemangkin kepada penyakit bawaan banjir seperti Leptospirosis, Taun dan demam Denggi.

Mereka yang terselamat daripada banjir harus memerhatikan simptom seperti demam, sakit kepala, cirit-birit, sakit otot, dan muntah untuk mengenal pasti kemungkinan jangkitan.

Sekiranya terdapat simptom, sila lawati pusat jagaan kesihatan berhampiran dengan segera.

Bagi mereka yang mempunyai ubat kronik tercemar atau dihanyutkan oleh banjir, Alpro menyediakan bekalan sekali sahaja sehingga 7 hari secara percuma.

Komuniti yang terjejas akibat banjir boleh mengunjungi mana-mana daripada 200 cawangan Alpro Pharmacy di seluruh negara untuk berurus dengan ahli farmasi dan mendapatkan butiran lanjut.

Salinan laporan polis mengenai banjir diperlukan untuk tujuan pengesahan.


Ubat-ubatan dan bantuan perubatan percuma adalah inisiatif di bawah Program Penjagaan Ubat-Ubat yang menyelamatkan nyawa – komitmen Alpro dan DOC2US telah wujud untuk menyediakan sokongan penjagaan kesihatan kepada komuniti terjejas akibat bencana alam. 

Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai dialu-alukan untuk menyimpan nombor telefon Talian Khidmat Pelanggan Alpro di 019-612 9006 untuk nasihat dan sokongan lanjut.

Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi ahli farmasi profesional Alpro melalui talian hotline WhatsApp e-farmasi di 019- 702 1923.

Yang penting, perlu siap siaga menghadapi bencana alam pada bila-bila masa.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd