Now Reading
Netizen Kritik Ahli Politik Kenang Zaman Kanak-kanak, Seolah-olah Menggalakkan Main Air Banjir

Netizen Kritik Ahli Politik Kenang Zaman Kanak-kanak, Seolah-olah Menggalakkan Main Air Banjir

ADUN Parti PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim menerusi kapsyen di media sosial dilihat seakan-akan menggalakan masyarakat setempat untuk menghargai zaman kanak-kanak mereka dengan bermain dalam air banjir yang kotor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, negara kini sedang menghadapi bencana banjir di beberapa kawasan khususnya di sekitar Pantai Timur.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencatatkan bilangan mangsa banjir sebanyak 25,793 di 164 buah pusat penempatan sementara (PPS). 

Bukan itu sahaja, 60 buah rumah Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan juga dilaporkan telah ditenggelami air hampir sepenuhnya. Menurut salah seorang penduduk, dia hanya mampu melihat bumbung rumahnya sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: Rantau Panjang Banjir: 60 Rumah Di Kampung Tersang Hampir Tenggelam Sepenuhnya


Masyarakat Setempat Bermain Dalam Air Kotor Banjir

Baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Terengganu, Dr Azman Ibrahim menerusi ciapan di laman X (Twitter @Dr_AzmanIbrahim) telah berkongsi situasi semasa bencana banjir di negeri tersebut.

Jika dilihat daripada hantaran video tersebut, air telah naik hampir ke paras lutut. Dalam pada itu, tiga orang budak lelaki telah mengambil kesempatan tersebut untuk bersuka-ria.

Dua orang lelaki yang sedang menunggang sebuah motosikal dilihat sedang menarik tangan seorang kanak-kanak yang menggunakan penutup penapis air untuk menggelungsur pada air banjir.

Namun begitu, kapsyen Dr Azman telah mendapat kritikan ramai apabila dia berkata, “Childhood memory. Nikmatilah zaman kanak-kanak seadanya. Kalau masa boleh diputar kembali, Pok Cik Man pun nak kembali semula kezaman ini.”

Sumber: X

Reaksi Netizen Terhadap Aksi Dr Azman Yang Galakkan Masyarakat Main Dalam Air Banjir

Menjengah ke ruangan balas ciapan itu, rata-rata pengguna laman X tidak bersetuju apabila ahli politik tersebut menjadikan aktiviti bermain dalam air banjir sebagai satu norma.

“Menteri normalize banjir pelik. Sepatutnya nasihat rakyat dan minta maaf sebab tak perform. Main air banjir yang kotor juga boleh menyebabkan penyakit,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ada juga yang berpendapat bahawa terdapat banyak lagi kaedah lain boleh dijadikan hiburan daripada bermain dengan air kotor berkenaan.

“Jangan dinormalisasikan benda yang bahaya untuk menggamit memori. Nak bergembira ada caranya, cuba perhati juga risiko yang bakal melanda,” ujar seorang netizen.

Malah, seorang warganet turut berkongsi kenangan pahit dan pengalaman banjir yang pernah dilaluinya sebelum ini.

“My childhood memory masa banjir di Kelantan ialah tiada air serta elektrik, kawan baik mati lemas, jalan masuk ke kampung kena tutup, arwah nenek risau rumah naik air, kena basuh selut dan peniaga ambil kesempatan menaikkan harga barang asas. Tidak seindah memori YB,” jelas seorang lelaki.

Sumber: X

9 Langkah Keselamatan Ketika Musim Banjir

Kalau anda nak tahu, air banjir yang kotor mampu memudaratkan kesihatan seseorang selain membawa kepada penyakit seperti demam kepialu, taun, keracunan makanan, demam denggi, konjunktivitis (sakit mata) dan banyak lagi.

Di sini kami kongsikan beberapa saranan langkah keselamatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika musim banjir yang perlu dipraktikkan. Antaranya:

  • Elakkan dari bermain atau meredah air banjir.
  • Pakai peralatan pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir.
  • Segera bersihkan badan yang terkena banjir dengan air bersih.
  • Cuci tangan dengan betul dan sentiasa jaga kebersihan diri.
  • Jangan guna air banjir untuk membersihkan diri, peralatan atau makanan.
  • Sentiasa guna air bersih atau air berbotol untuk minum, cuci makanan, peralatan dan tubuh badan.
  • Pastikan pusat pemindahan sementara (PPS) sentiasa bersih dan bebas daripada serangga perosak.
  • Pakai alat pelindungan diri semasa mencuci rumah dan persekitaran selepas banjir.
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya demam dalam tempoh 30 hari selepas kerja permbersihan.
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Mangsa Banjir Cecah 24,400 Di Pantai Timur, 240 PPS Dibuka Di 18 Daerah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd