Now Reading
“Ni Zaki Chan Ke?”- Kedai Di Terengganu ‘Photoshop’ Muka Pelanggan Jadi Jackie Chan Bikin Netizen Terhibur

“Ni Zaki Chan Ke?”- Kedai Di Terengganu ‘Photoshop’ Muka Pelanggan Jadi Jackie Chan Bikin Netizen Terhibur

Gambar yang disunting itu menunjukkan wajah Jackie Chan memakai baju Melayu berwarna merah dan kopiah di kepala.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap perniagaan mesti akan ada strategi masing-masing untuk memasarkan bisnes mereka supaya lebih dikenali oleh orang ramai.

Sesetengah peniaga mungkin akan menggunakan cara seperti mengikut gaya video trending atau menawarkan promosi harga murah untuk menarik pelanggan.

Tetapi strategi yang digunakan oleh sebuah perniagaan di Terengganu ini agak unik sedikit.


Kedai Alatan Memancing Edit Gambar Guna Wajah Jackie Chan

Dalam satu hantaran dimuat naik di laman Facebook VLUQ Fishing Studio, kedai alatan memancing yang terletak di Kemaman, Terengganu itu menarik perhatian netizen di media sosial dengan suntingan sekeping gambar.

Hantaran berkenaan yang dimuat naik bersama dua keping gambar dikatakan gambar pelanggan mereka. Tetapi salah satu gambar tersebut hanyalah ‘edit’ semata-mata.

Kalau anda perhatikan betul-betul, salah satu gambar pelanggan di kedai itu telah disunting dan digantikan dengan wajah pelakon aksi terkenal dari Hong Kong iaitu Jackie Chan.

Sekali tengok, tak macam ‘edit’ langsung! Mana tidaknya, siap pakai baju Melayu dan kopiah pada kepala.

Sumber: Facebook VLUQ Fishing Studio

Kapsyen hantaran tersebut pula seolah-olah secara sengaja untuk membuatkan netizen tertanya-tanya.

Terima kasih kepada semua yang hadir ke kedai kami semalam. Tapi customer kita hari ni lain sikit geng. Muka macam familiar je. Yang kenal mesti tahu ni.

Kapsyen hantaran VLUQ Fishing Studio.

Netizen Hampir Percaya Gambar Berwajah Jackie Chan Itu

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen yang terhibur melihat gambar Jackie Chan yang telah disunting itu. Ada juga yang hampir percaya dengan gambar tersebut.

“Jackie Chan pun dah memancing sekarang,” kata netizen.

Netizen turut bergurau kononnya pelakon antarabangsa itu sudah lama tidak kelihatan kerana ‘menyorok’ di Kemaman untuk membeli alatan memancing.

“Patut lama tak nampak, menyorok kat Kemaman tunggu kedai buka nak beli ‘leader’ rupanya. Menyamar pula konon-konon orang Tarawih,” gurau netizen.

Siap ada yang kata gambar berkenaan nampak seperti Jackie Chan versi mualaf.

Kami pun terhibur baca komen-komen dari netizen ini. Kelakar betul!

Sumber: Facebook

Pelakon Lain Pun Pernah ‘Datang’ Kedai Sama

Bukan setakat Jackie Chan sahaja yang pernah ‘datang’ ke kedai alatan memancing itu, seorang lagi pelakon kung fu dari Hong Kong iaitu Sammo Hung juga pernah disunting gambarnya menggantikan wajah pelanggan lain.

Memang terhibur betul tengok gambar-gambar suntingan pemilik kedai ini.

Agak-agaknya, artis mana pula yang akan ‘datang’ ke kedai mereka selepas ini?

Baca Artikel Berkaitan: Tergelak Sakan Kami Tengok Foto Pemuda Ini, Skill Editing Yang Memang Awesome! [Foto]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd