METMalaysia Ramal Hujan & Ribut Petir Pada Hari Raya Aidilfitri
Cuaca buruk dijangka akan berlaku pada hari Rabu, 10 April, di beberapa tempat seluruh negara kecuali Perlis.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hari Raya Aidilfitri akan menjelang beberapa hari sahaja lagi. Dalam persediaan raya orang ramai diingatkan supaya sentiasa memantau ramalan cuaca agar tidak terperangkap dalam cuaca buruk.
Terkini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan bahawa beberapa tempat akan dilanda ribut petir dan hujan pada hari Rabu (10 April) ini.
Dalam satu kenyataan, METMalaysia memaklumkan Johor, Kelantan dan Terengganu, serta beberapa tempat di Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Kapit) dan Sandakan di Sabah dijangkakan akan mengalami ribut petir dan hujan pada pagi hari raya.
Manakala, ribut petir dan hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat di negeri Perak dan Selangor pada sebelah petang.
Ribut petir dan hujan turut dijangka melanda beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu serta Pahang dan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Kapit, Miri dan Limbang di Sarawak serta Sandakan, Pedalaman dan Tawau di Sabah.
METMalaysia
Cuaca Buruk Pada Raya Pertama Hingga Ke Sebelah Malam
Ribut petir dan hujan dijangka akan berterusan sehingga ke waktu malam di beberapa tempat di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pahang.
Keadaan sama turut dijangka melanda Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Kapit di Serawak, serta Pedalaman di Sabah.
Ribut Petir & Hujan Pada Hari Khamis
Di samping itu, ribut petir dan hujan dijangka akan berlaku di beberapa tempat di Pahang, Johor dan Sandakan, Sabah pada hari Khamis (11 April).
Pada waktu petang pula, ribut petir dan hujan dijangka di beberapa tempat di Perak. Selain itu, ribut petir dan hujan dijangka di beberapa tempat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
METMalaysia
Keadaan cuaca sedemikian dijangka turut berlaku di Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak, serta di Sabah membabitkan Sandakan, Pedalaman dan Tawau. Manakala METMalaysia menjangkakan kawasan lain tidak akan dilanda hujan.
Malah, ribut petir dan hujan dijangka dialami beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Kapit) serta Pedalaman di Sabah, pada sebelah malam.
Sebagai info, pemantauan ramalan cuaca boleh dibuat menerusi laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia. Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih melalui aplikasi myCuaca.
Panduan Keselamatan Ketika Ribut Petir
Menurut MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ribut petir merupakan keadaan cuaca yang paling berbahaya terutamanya buat mereka yang aktif.
Berikut merupakan 11 panduan keselamatan yang dikongsi pihak KKM sekiranya mengalami ribut petir:
- Semak ramalan cuaca
Semak ramalan cuaca dan memerhatikan keadaan cuaca. Ribut petir bakal melanda jika langit gelap, terdapat kilat atau angin kencang. - “Kilat ke petir (flash-to-bang)”
Dalam keadaan ribut, kira saat antara kilat dan bunyi petir untuk mengetahui jarak anda dengan petir. Setiap lima saat adalah bersamaan dengan satu batu jarak antara kilat dengan petir. Jika tempoh masa adalah kurang 30 saat, cari tempat berlindung dengan segera. - Cari tempat berlindung
Paling selamat jika berlindung di dalam bangunan yang kukuh. Boleh juga berlindung di dalam kereta, tetapi pastikan tingkap ditutup. - Jangan berlindung di bawah pokok yang terpencil atau objek tinggi.
- Jauhi kawasan berair kerana ia boleh mengalirkan arus elektrik.
- Berpecah dan jangan berkumpul beramai-ramai.
- Jangan berbaring di atas tanah sama sekali.
- Jangan pegang sebarang logam seperti basikal, kayu golf, pancing, raket tenis dan lain-lain.
- Berhenti berbasikal jika ada kilat petir dalam jarak lima kilometer, cari tempat perlindungan.
- Duduk dalam posisi selamat (lightning-safe position) jika terperangkap dalam petir.
Jika rambut menegak, kulit berasa gatal, atau terdengar bunyi berderak, ia bermakna anda terperangkap dalam petir. Segera duduk dalam posisi selamat ketika petir seperti gambar rajah di bawah. - Segera cari tempat berlindung jika petir dan jangan tunggu sehingga hujan turun.

Untuk makluman, segala aktiviti sepatutnya dihentikan sehingga 30 minit guruh terakhir kedengaran. Perkara ini dikenali sebagai Peraturan Petir 30/30 (30/30 Lightning Rule).
Amaran: Petir boleh menyambar sejauh lebih 10 batu atau di kawasan hujan, tetapi keadaan ini jarang berlaku. Selain itu, langit biru tidak bermakna tiada petir akan menyambar.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.