Now Reading
Budak Lelaki Payungkan Penumpang Bas Daripada Terkena Hujan Dipuji Orang Ramai

Budak Lelaki Payungkan Penumpang Bas Daripada Terkena Hujan Dipuji Orang Ramai

Budak lelaki itu berbuat demikian sehingga kesemua penumpang yang berhenti di perhentian itu selesai turun daripada bas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Membesarkan anak kecil bukanlah satu perkara mudah khususnya bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa.

Para ibu bapa tersebut berkemungkinan mempunyai kurang pengalaman dalam aspek pendidikan kanak-kanak.

Jika karenah kanak-kanak dibiarkan begitu sahaja, risau pula perangai buruk serta kenakalan mereka akan lebih menjadi-jadi ketika meningkat usia nanti. Pening kepala dibuatnya.

Namun masih ramai ibu bapa yang berjaya mendidik anak mereka sehingga menjadi insan yang berguna dan berjasa kepada orang sekelilingnya.


Budak Lelaki Payungkan Penumpang Bas Agar Tak Terkena Air Hujan

Seperti baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@baebe22paches), menunjukkan seorang budak lelaki dipercayai murid sekolah telah memayungkan beberapa penumpang ketika menuruni bas awam dalam keadaan hujan.

Kejadian itu telah berlaku di sekitar perhentian bas Chong Pang Market & Food Centre, Singapura.

Budak lelaki itu dilihat telah menjengket kakinya agar setiap penumpang yang dibantu tidak basah terkena titisan hujan.

Kalau dilihat daripada video itu, kanak-kanak berkenaan yang memegang payung berwarna biru terus menunggu sehingga kesemua penumpang yang berhenti di perhentian itu selesai turun daripada bas.

Sumber: TikTok (@baebe22paches)

Warganet Puji Sikap Budak Lelaki Yang Prihatin Terhadap Keadaan Orang Sekeliling

Menerusi kapsyen yang tertera pada klip video, orang awam yang merakam situasi berkenaan telah memberi pujian kepada ahli keluarga budak lelaki itu kerana telah membesarkannya dengan didikan yang baik.

“Salute kepada awak dan ahli keluarga kerana membesarkanmu sebagai seorang lelaki yang baik,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet juga telah memuji sikap budak lelaki yang prihatin terhadap orang awam.

“Sangat bertimbang rasa, salute to the boy,” kata netizen.

Ada juga yang berharap agar anak mereka membesar dengan akhlak terpuji seperti budak lelaki itu.

Sumber: TikTok (@baebe22paches)

Ini 5 Petua Didik Anak Yang Berkelakuan Buruk

Mendidik anak sememangnya satu proses yang mencabar. Buat ibu bapa yang pening untuk mencari cara terbaik bagi mengajar anak yang berkelakuan buruk, usah risau.

Di sini kami kongsikan beberapa tips yang disarankan bagi mendidik kanak-kanak yang sedang membesar. Antaranya:

  • Ibu bapa perlu tetap dengan peraturan yang dilakukan.
  • Jangan mudah mengalah dengan kelakuan buruk anak.
  • Tidak mengabaikan perasaan anak terhadap sesuatu perkara.
  • Mengawal diri daripada bersikap agresif terhadap anak.
  • Sentiasa berfikiran positif dan yakin bahawa anak boleh berubah.
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Jadi Orang Baik’- Netizen Puji Geng Anak Muda Tolong Nenek Naik LRT Jam 5:30 Pagi

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Menangis Terharu Kerana Jumpa Ramai Rakyat Malaysia Yang Baik Hati

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ibu Terharu Lihat Murid Baik Hati Bantu Anaknya Angkat Beg Sekolah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd