Now Reading
“Terima Kasih Jadi Orang Baik’- Netizen Puji Geng Anak Muda Tolong Nenek Naik LRT Jam 5:30 Pagi

“Terima Kasih Jadi Orang Baik’- Netizen Puji Geng Anak Muda Tolong Nenek Naik LRT Jam 5:30 Pagi

Selepas operasi LRT telah dibuka pada awal pagi, anak-anak muda itu membantu untuk menolak kerusi roda milik nenek tersebut menuju ke dalam stesen LRT Masjid Jamek.

nenek kerusi roda naik naik lrt (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rata-rata rakyat Malaysia dikenali dengan sikap suka membantu orang lain ketika ditimpa kesusahan.

Walaupun mereka tidak mengenali individu tersebut, itu tidak menjadi penghalang untuk melakukan kebaikan antara satu sama lain.

Bukan setakat masyarakat tempatan, malah pelancong asing juga kagum dengan sikap rakyat Malaysia yang baik hati ini.

Artikel Berkaitan: Pelancong Menangis Terharu Kerana Jumpa Ramai Rakyat Malaysia Yang Baik Hati


Sekumpulan Anak Muda Tolong Nenek Berkerusi Roda Naik LRT Awal Pagi

Sikap baik hati rakyat Malaysia sekali lagi terserlah menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@nofvcx).

Dalam video tersebut, beberapa orang anak muda dilihat telah membantu seorang nenek tua berkerusi roda yang dipercayai ingin menaiki LRT.

Nak dijadikan cerita pada ketika itu, mereka sedang melepak di kaki lima sekitar jam 4:00 pagi sebelum ternampak kelibat seorang nenek berseorangan di atas kerusi roda.

Prihatin dengan keadaan nenek terbabit di tepi jalan, mereka pun bergegas ke arah warga emas tersebut.

Nenek itu bercerita bahawa dia sedang menunggu pintu LRT dibuka pada jam 5:30 pagi untuk menaikinya. Sambil-sambil menemani warga emas berkenaan, mereka memintanya untuk tidur terlebih dahulu kerana keadaannya dilihat terlalu mengantuk.

Sumber: TikTok @nofvcx

Nenek Tua Itu Kongsi Kesusahan Dihadapi Dalam Kehidupan

Selepas operasi LRT telah dibuka pada awal pagi, anak-anak muda itu membantu untuk menolak kerusi roda milik nenek tersebut menuju ke dalam stesen LRT Masjid Jamek.

Ketika dalam perjalanan, mereka sempat berborak dengan warga emas itu.

Kitaorang tanya nenek dah makan ke? Dia jawab ‘dah makan tadi, nenek makan dua kali je simpan separuh separuh. Dia cakap tu sambil gelak.

Pengguna TikTok @nofvcx.

Nenek itu juga memberitahu kakinya sedang sakit tetapi enggan ke hospital kerana mendakwa tiada sesiapa yang akan menjaganya di sana.

Nenek ni kata kaki dia sakit, kalau pergi hospital confirm kena tahan wad. Tapi kalau pergi pun tak ada siapa yang nak jaga. Dulu arwah suami yang jaga. Sekarang suami dah tak ada. Makcik ni ada tiga orang anak perempuan tapi semua ikut suami.

Pengguna TikTok @nofvcx.
Sumber: TikTok @nofvcx

Lebih menyedihkan lagi, nenek ini terpaksa mengesot menuruni tangga dari tingkat dua sebuah apartment kerana tidak mampu lagi untuk berjalan dan tiada sesiapa yang boleh mengangkatnya.

Anak dia sewakan dia rumah ada empat tingkat, dia duduk tingkat dua. Tapi dia kata nak naik turun tangga kena mengesot tangga tu sebab tak ada siapa nak angkat dia. Kaki tak boleh jalan.

Pengguna TikTok @nofvcx.

Nenek Titip Pesanan Kepada Sekumpulan Anak Muda Yang Membantunya

Selepas tren LRT tiba, mereka pun membawa masuk nenek berkenaan ke dalam gerabak sambil menolak kerusi rodanya.

Sebelum bergerak sendiri, nenek itu sempat memberi pesanan kepada anak-anak muda yang menolongnya untuk belajar bersungguh-sunguh dan tidak berkelakuan nakal.

Nenek pesan belajar sungguh-sungguh. Jangan nakal-nakal. Nanti boleh belajar luar negara.

Pengguna TikTok @nofvcx.

Video tersebut mendapat perhatian orang ramai sehingga meraih 1.9 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Kagum Lihat Sikap Baik Hati Sekumpulan Anak Muda Tolong Nenek Tua

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pujian dari netizen terhadap sekumpulan anak muda yang dilihat membantu warga emas berkerusi roda itu.

Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudi memberikan pertolongan kepada nenek tua berkenaan.

Malah, persahabatan mereka juga dikagumi ramai kerana menganggap anak-anak muda terbabit berjiwa murni.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang sedih mengetahui kisah nenek terbabit sehingga ada yang mahu menjaganya.

Sumber: TikTok

Selepas membaca kisah ini, terus teringat kata-kata ‘seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu’.

Kepada anda yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaik mungkin. Tanpa mereka, kita mungkin tak akan berjaya seperti sekarang.

Janganlah kita menjadi anak yang derhaka kepada kedua orang tua semata-mata ingin mengejar kehidupan duniawi yang tidak menjanjikan apa-apa.

Duit boleh dicari, tetapi ibu bapa tiada ganti.

Artikel Berkaitan: [Video] Gadis Sebak Bagi Nasi & Air Kepada Pakcik Tua Sambil Lihat Keadaannya

Artikel Berkaitan: [Video] Anak Halau Ibu, Sanggup Letak Di Rumah Orang Tua Sebab Sibuk ‘Kerja’

Artikel Berkaitan: “Minta Taubat Pada Allah”- Pendakwah Kongsi Kisah Ibu Meninggal Dunia Kerana Kecewa Anak Mungkir Janji

Sumber: TikTok @nofvcx


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd