Now Reading
[Video] Aksi Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Sebelah Kaki Di Jalan Raya Raih Perhatian

[Video] Aksi Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Sebelah Kaki Di Jalan Raya Raih Perhatian

Kereta Avanza itu dilihat memberikan isyarat lampu kecemasan ketika sedang ditunda oleh seorang penunggang motosikal menggunakan kaki kanannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rakyat Malaysia sememangnya dikenali sebagai masyarakat baik hati untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang dilihat sedang mengalami kesusahan.

Meskipun tidak mengenali antara satu sama lain, ia tidak menjadi penghalang untuk orang ramai saling bantu-membantu terutamanya ketika berada di jalan raya.

Ketika ditimpa dugaan, barulah kita akan berasa sangat bersyukur dan bertuah dikelilingi dengan masyarakat yang prihatin di Malaysia ini.

Baca Artikel Berkaitan: Tak Kira Bangsa, Tindakan Penunggang Motosikal Bergilir-gilir Tunda Motor Rosak Buat Ramai Tersentuh [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Lori Haus, Lori Rosak Tepi Jalan. Rakyat ‘Turun Padang’ COD Air. Salute!


Penunggang Motosikal Bantu Tunda Kereta Avanza Di Jalan Raya

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@syean_77), seorang pengguna jalan raya sempat merakam aksi seorang penunggang motosikal yang dilihat memberikan bantuan kepada sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza.

Dalam video berkenaan, kelihatan penunggang motosikal terbabit sedang menunda kereta Avanza tersebut menggunakan kaki kanannya.

Kereta Avanza itu juga menyalakan isyarat lampu kecemasan kerana kenderaan pacuannya dipercayai sedang mengalami masalah ketika sedang dipandu.

Situasi yang berlaku ini telah mendapat perhatian pemilik video kerana pertama kali melihat perkara sedemikian berlaku.

Ini kerana kebiasaannya penunggang motosikal akan dilihat menunda rider yang lain di lorong kiri jalan raya ketika mengalami masalah.

Meskipun ada, namun agak jarang kita nampak rider tunda kereta kan?

Setakat ini, video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 262,300 jumlah tontonan.

https://www.tiktok.com/@syean_77/video/7365460502350171400

Netizen Turut Puji Sikap Baik Hati Penunggang Motosikal

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang meluahkan rasa kagum dengan tindakan penunggang motosikal berkenaan yang sanggup menunda kereta terbabit menggunakan sebelah kaki.

Aksinya itu membuatkan netizen turut memandang tinggi kepada golongan yang menunggang motosikal.

“Terbaik adik motor, jangan pandang hina pada mat motor,” ujar netizen.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang turut prihatin dengan keselamatan penunggang tersebut dan meminta agar dia lebih berhati-hati.

“Terbaik bro, hati-hati jaga keselamatan diri juga,” kata netizen.

Sumber: TikTok

Tular Aksi Masyarakat Bantu Tunda Kenderaan Lain

Perkara sebegini bukanlah satu tindakan yang pelik kerana bantuan yang dihulurkan ini sering dilakukan sejak dahulu lagi.

Sebelum ini pernah wujud aksi di mana beberapa orang awam dilihat membantu menunda motosikal milik anggota polis di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) selepas dipercayai mengalami masalah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Viral Orang Awam Tolong Towing Motor Anggota Polis

Sumber: TikTok/ labus27, Head Topics

Bukan itu sahaja, sebuah kereta jenis Perodua Myvi juga pernah menunda sebuah trak lori jenis ShacMan73 Type-SSS pada waktu malam di sebuah jalan raya.

Lebih mengagumkan apabila Myvi berkenaan dilihat tidak mengalami sebarang masalah ketika ‘menarik’ lori yang bersaiz jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kereta keluaran Perodua itu.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Myvi Tunda Trak Lori Raih Perhatian Orang Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd