Now Reading
[Video] Isa Isarb Batal Hero Teladan, Program Realiti Lelaki & Wanita Duduk Serumah

[Video] Isa Isarb Batal Hero Teladan, Program Realiti Lelaki & Wanita Duduk Serumah

Program realiti Hero Teladan sepatutnya berlangsung selama 77 hari dan hadiah sebanyak RM40,000 disediakan bagi pemenang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini tular satu video yang menunjukkan beberapa wanita dan lelaki duduk di dalam sebuah rumah bersama-sama. Video tersebut telah menerima pelbagai kecaman netizen kerana dilihat tidak mencerminkan adab seorang Islam.

Ia merupakan video bagi program realiti, Hero Teladan yang dianjurkan oleh pempengaruh Isa Isarb, di mana peserta akan berada di sebuah rumah tanpa telefon pintar.

Sedar program tersebut menuai kecaman ramai, Isa mengakui kesalahan tersebut dari pihaknya dan serta-merta membatalkan program tersebut.

Tambahnya lagi, pihaknya tidak akan melepas tangan terhadap kebajikan peserta walaupun terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM500,000.

“Dukacita dimaklumkan bahawa program ini terpaksa dihentikan serta-merta. Ini adalah kerana program ini mendapat tentangan keras daripada majoriti penonton selepas isu konsep program yang meletakkan peserta lelaki dan perempuan di bawah bumbung yang sama.

“Namun, kami sebagai pihak penganjur tidak akan lepas tangan mengenai kebajikan atau usaha yang telah diberikan oleh setiap peserta dalam program ini. Pihak penganjur akan menanggung rugi bersendirian tanpa membabitkan peserta,” katanya menerusi satu kenyataan dimuat naik ke akaun TikTok miliknya.


Peserta Masih Akan Diberi Bayaran Hadiah

Untuk makluman, program realiti itu menyediakan hadiah sebanyak RM40,000 bagi peserta yang dapat berada di rumah tersebut selama 77 hari.

Sehubungan itu, Isa berkata bayaran hadiah dan elaun akan tetapi diberikan mengikut kadar 46 hari program berlangsung dan dibahagikan antara setiap peserta. Namun ia tertakluk kepada cara pembahagian hadiah yang dipilih oleh peserta.

“Oleh itu, kami membuat keputusan untuk tetap membuat bayaran hadiah dan elaun kepada setiap peserta mengikut kadar 46 hari program berlangsung. Kami menyediakan dua cara pembahagian hadiah. Anda perlu memilih kaedah yang anda suka. Sila pilih secara sebulat suara,” katanya

https://www.tiktok.com/@isaisarbofficial/video/7370737973026917648

Kemungkinan Diserbu JAIN Jika Teruskan Program

Selain itu, Isa juga menerangkan kepada peserta bahawa program tersebut berisiko diserbu oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sekiranya diteruskan.

Jika perkara tersebut berlaku, pihak penganjur dan peserta boleh disabitkan di bawah undang-undang syariah Enakmen 11 Tahun 1965, Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1965, Bahagian IX, Seksyen 154 iaitu kesalahan berkhalwat.

Individu yang bersalah boleh dipenjara selama tidak lebih tiga bulan atau dikenakan denda tidak lebih RM300 bagi kesalahan kali pertama.

https://www.tiktok.com/@isaisarbofficial/video/7370287535492189456

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd