Now Reading
[Video] Viral Orang Awam Tolong Towing Motor Anggota Polis

[Video] Viral Orang Awam Tolong Towing Motor Anggota Polis

Berdasarkan video tersebut, motosikal anggota polis berkenaan dipercayai mempunyai sedikit masalah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bawa motor dengan kereta ni berbeza tau. Contohnya kalau waktu hujan, penunggang motor memang tak dapat nak elakkan daripada terkena air hujan.

Paling tidak pun mereka boleh pakai baju hujan.

Hanya penunggang motosikal sahaja yang faham susah payah sekiranya kenderaan ini tiba-tiba buat hal kerana rosak ataupun kehabisan minyak.

Rakyat Malaysia boleh dikatakan prihatin juga sebab kadang-kadang mereka berhenti tepi jalan apabila ternampak penunggang motosikal lain yang mempunyai masalah.

Penunggang motor yang lain baik hati tolong ‘towing’ motor polis

Cakap pasal towing, baru-baru ini tular satu video dimuat naik oleh @durianbroters di TikTok menunjukkan dua orang penunggang motosikal membantu seorang polis di jalan raya.

Kejadian yang berlaku di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) itu sempat dirakam oleh netizen di kawasan berhampiran.

Berdasarkan video tersebut, motosikal anggota polis berkenaan dipercayai mempunyai sedikit masalah.

Prihatin dengan nasib polis itu, beberapa orang awam dilihat membantu untuk towing kenderaan tersebut.

Anggota polis berkenaan juga sempat mengucapkan terima kasih kepada dua orang individu itu.

Kredit: TikTok @durianbroters

Video ini berjaya meraih 544,100 tontonan ketika artikel ini ditulis.

Boleh lihat video penuh di sini.

Netizen pun kagum tengok orang awam tolong polis

Melihat di ruangan komen video tersebut, kebanyakan warganet teruja apabila tengok orang awam menolong anggota polis berkenaan.

Ada juga yang berpendapat sebenarnya bukan semua ‘mat motor’ itu jahat. Mereka pun ramai je yang baik hati nak tolong orang lain.

Kredit: TikTok @durianbroters
Kredit: TikTok @durianbroters

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd